Khamis, Februari 25, 2010

This is NOT personal.

Some people would say "This is NOT PERSONAL. This is GLOBAL ISSUE, just like global warming issue or social/cultural issue. Its really this BIG (I mean BIGGEST) and if I not take any action this world (ours) will fall apart. I don't want our world fall apart. That's why this is so important."
(Padahal, memang ini ialah isu personal. Isu mengenai kenapa aku tidak suka kau berkelakuan begitu dan aku rasa kau bodoh dan sombong)
KITA (manusia) memang dilahirkan dengan otak dan keupayaan untuk berfikir dan menterjemah setiap keadaan sekeliling berdasarkan latar belakang dan pengalaman hidup. Apa yang kamu lihat, kamu tafsir. Apa yang kamu dengar, kamu intepretasi. Kamu akan sampai kepada satu kesimpulan. Itu cukup bagus. Yang aku harap kamu menyimpulkan dengan 'pembuktian yang nyata'. Tidak hanya dari pandangan dari dasar yang cetek. Kenapa aku rasa ianya cetek, kerna kamu hanya menyimpul tanpa mengalami. Kamu tidak-pun berada disitu, tidak-pun menjadi dia. Kamu hanya bercerita dengan berpandukan perkataan 'Kalau aku jadi dia....' Tapi itu kalau, kamu bukan dia... dan kamu tidak mengalami apa yang dia alami. Boleh-lah kamu dengan bongkak dan sombongnya mengucapkan demikian. Menegakan falsafah dan kefahaman kamu sendiri. Aku sudah penat untuk memperbetulkan fikiran kamu. Aku patut membiarkan kamu. Melepas kamu berjuang dengan cara kamu. Someday, aku mahu lihat kalau kamu berada disitu, dalam keadaan yang begitu...apa yang akan kamu lakukan. Melutut, membangga atau terus-terusan merunggut. Sedang, dalam kehidupan sehari-harian (yang senang-lenang) kamu merunggut (tapi aku pasti kamu tidak rasa itu satu perunggutan kan?). Menceritakan bertapa susahnya kamu melawan kemalasan untuk berjuang demi masa depan kamu. Mengharapkan tuah jadi berduyun-duyun.

Aha, sudah-sudah-lah. Aku mahu berhenti di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan