Khamis, Julai 30, 2009

Ah...pasal kerja lagi

Bulan Syaaban, 1430H (haribulan - tidak berapa pasti)

Upsss....sedar tak sedar dah masuk bulan Syaaban. Berapa hari jer lagi, nak masuk Ramadhan lepas tu raya. Bestnya raya! Kalau boleh nak raya hari ni jugak. Ermm...bila pikir pasal raya, kena jugaklah pikir pasal ganti pose. Jangan risau, tahun lepas punya pose aku dah settle. Bulan rejab ari tu - Sembilan hari aku pose straight (except Saturday & Sunday) sebab saturday nak ronda2 S.Alam and Ahad pulak...ronda2 kat pasar pagi S.Alam (shah alam jugak!). Hermm, aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Cam rancangan TB 'ronda-ronda shah alam' pulak.

Well dan walaubagaimanapun, kerja research masih-still memerlukan 'kasih-sayang' dan 'belaian' yang meletihkan. Banyak dan makin bertimbun-timbun (macam sampah rakyat kita suka dump yang bermacam-jenis-jenis sampah) dan kerja-kerja 'ad-hoc' yang menambahkan-kebebanan bahu & badan aku yang kecil ni. Bila-lah kerja nak settle ni? Harap bulan Sembilan ni tiga projek bulih siap. @ least, sedikit sebanyak boleh melegakan dan mengurangkan stres tahap gaban ni.


Life can be boring sometimes (eh...? bukan selalunya ke?), full of colors and tragedy, but would you give-it-up? or would you keep going-on?

Ah, life is about being your self and all about making choice. It's your decision, anyway...to be or not to be.

p/s: aku mendongak ke langit dan berkata (dalam hati) bertapa seronoknya kalau aku bisa terbang, serius...aku akan menebarkan sayap, mengikuti pergerakan angin, merasai kembara bermusim. tapi...itu kalau-lah. (sudah-nya aku naik kapal terbang je. terima kasih- adik beradik Wright! kerna menemukan kapal terbang)

Rabu, Julai 29, 2009

Aktiviti Time Bosan


Apa akan jadi bila aku busan di opis? (yang sah2-lah bukan dimiliki oleh my father)

Mula-mula aku akan bercakap tanpa henti seperti mesin industri membuat makanan segera. Lepas tu kalau kira-kira bosan tu tak hilang jugak aku akan melakukan aktiviti merenung skrin komputer sampai mata naik lemau. Kalau tak kurang jugak, telan liur sambil pandang kiri kanan, depan belakang, atas bawah. Boleh jugak kutuk kawan sebelah meja sambil mengarut pasal 'benda' mengarut. Ajak ofis-mate mengarut sama. Menghasut orang lain untuk menghentikan perbuatan 'berkerja'. Melancong ke toilet, berjalan-jalan ke taman rumpai kat tepi bangunan opis. Bergolek kat sofa simpanan untuk 'tetamu' sambil mengangakan mulut...Tapi paling best kalau dapat tido kat bawah meja. Gila best.

Fuhh...mesti berkat betul kerja aku hari tu. Hahahahahaa.....
(kerja mesti mau ikhlas dan berdisiplin. jangan jadi macam aku. kerja jangan asyik datang dan balik sharp on-da-dot. jangan jadi macam 'kakitangan' kat opis aku) Aiihhh...macam terasa jer tu?!

Cheee...

Boring.

Bored.

Bosan.

Lemau.

Basi.