Rabu, Oktober 28, 2009

Study?

Tengah fikir nak sambung study.

Tengah berkira-kira tabungan sebab nak sambung study.

Tengah surf maklumat berkenaan nak sambung study.

Tengah emel ex-lecturer saya tanya pasal nak sambung study.

Tengah tunggu jawapan ex-lecturer saya pasal nak sambung study.

Ahhhhh..........[TEnSiONNN]

Isnin, Oktober 26, 2009

Penyelidikan untuk Pelajar

Lebih sinonim (for student) dengan kata nama Research, Thesis, Dissertation.

Perbualan antara WarLi dan TBB.

WarLi: Apa beza tiga kata nama ni?
TBB: Ada bezanya, tapi secara prinsipnya sama sahaja. Atau lebih tepat hampir sama. Itu adalah sekadar gelaran sahaja. Hmm...Kalau Research Proposal Thesis, apa maknanya pulak tu?

WarLi: (Junkit bahu - tanda tidak tahu). Ok. Kenapa nak kena buat Research? Er...TBB, boleh tak kalau saya merujuk research sahaja sebagai kata ganti ketiga-tiga kata nama di atas? Panjang sangat lah. (TBB: Angguk - tanda setuju).
TBB: Proposal untuk Research /Thesis-lah. Dekat universiti, itu adalah in order to fulfill the university requirement for graduate/academic purpose. Setiap unversiti ada terma-terma tertentu, selang antara baris, jenis font, saiz, cara letak reference, dan sebagainya.

WarLi: Hmm, berapa tebal sesuatu research tu kena disiapkan?
TBB: Seperti yang dijelaskan di atas, bergantung dengan keperluan dan terma universiti. Ada yang cecah 10,000 patah perkataan. Beli buku guidelines universiti masing-masing. Tebal tak tebal tu pulak depend dengan presentation/layout atau findings kamu. Banyak bukti, carta, graf, maka tebal-lah report-nya.

WarLi: Ada presentation kan, bila research telah siap?
TBB: Ya. Sudah tentu. Thesis Presentation atau VIVA bagi student post-grad. Time ni, dalam tiga, empat, lima++ examiner akan bagi markah untuk 'persembahan' dan isi kandung powerpoint kita. Nanti dia akan plus dengan markah yang lain-lain pula. Pembahagian markah pula tergantung pada keputusan/peraturan akademik universiti masing-masing. Selain itu salah satu tujuan utama presentation ini adalah untuk mendengar 'komen' dan 'pandangan' para examiner tadi. Jika (perlu) terdapat sebarang perubahan/pertambahan/pembaikan, examiner akan suggest kepada presenter untuk memperbetulkan dan setelah itu boleh lah dihantar untuk full binding (dekat kedai) dan diserahkan kepada pegawai bertanggungjawab (orang ini dilantik oleh pihak universiti).

Sekian perbualan antara WarLi dan TBB.

Dengar dan Mendengar*

Ya, aku dengar melalui telinga dan mendengar menerusi hati.

Mahu menghulurkan bicara simpati atau tidak bila perkhabaran itu menerjah cuping telinga? Aku masih berkira-kira. Antara tanggungjawab dan tanggungjawab, yang mana harus kau pilih. Tanggungjawab mana yang sanggup kau lepaskan? Ini teori 'oportunity cost' harus ada salah satu yang kau gugurkan. Kau diberi kata dua- tidak boleh memilih keduanya. Tidak boleh jadi sederhana. Tidak ada kata seimbang, malah kau tidak mungkin boleh berlaku adil. Mustahil! Antara Dacing atau Bulan? Tiada yang ketiga. Tiada payung, tiada kunci.

Satu - yang kau suka, selesa, sinonim, kegembiraanmu.
Dua - yang harus kau patuhi, teladani, bahagiakanmu.

Kalaulah penilaian dibuat berdasarkan akal yang logik dan atas faktor kepercayaan kau sesungguhnya harus memilih yang ke-dua. Kau patut meninggalkan dan mengikis setiap tompokan kenangan terhadap yang pertama. Wajib kau berbuat demikian. [Tapi apakah akhirnya nanti kau tidak akan mempersoalkan pilihan mu itu? Apakah kau tidak menyesali kata yang kau noktahkan itu?] Ah, itu soal terkemudian, biar ia menjadi perkara yang akan datang. Masa hadapan walaupun ditentukan atas hal yang terpilih hari ini, tapi bukan semestinya ada satu jaminan pun. Bohong-lah kalau ada!

Pilih-lah, yang akan menjadikan mu terpelihara dari dosa, dan jangan pernah kau hirau setiap kata yang mengelirukan itu. Kalaupun itu yang terluah dari bicara aku.

[aku dengar melalui telinga, mendengar menerusi hati]
*tajuk terilham dari blog ZA.

Ahad, Oktober 25, 2009

Izinkan aku untuk mencintai

Aha...

Kalaulah, sebegitu mudah untuk melafazkan kata-kata itu atau lebih tepat lagi sesenang itu untuk kau memahami kehendak aku kan bagusnya.

Kan bagusnya kalau kau tahu keinginan hati ini atau lebih tepat lagi mengizinkan ia berlaku?!

Apa aku cakap neh? Tunggang-terbalik! Semuanya jadi huru-hara, haru biru.

Gee...gee...

Jumaat, Oktober 23, 2009

Lost in ten days

Sori...

Aku lagi balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang terlewatkan. Sesetengah officemate cakap aku cuti sebab nak sambut Depavali. Which is very true kot, sebab aku adalah satu-satunya staf yang bercuti sempena nak Depavali. Haha.

Tanggal 10.10 (waktu pagi) bertolak dari KLIA dan menjejak kaki di bumi Tawau, hampir pukul 11.00 tengahari. Cuaca di Tawau, (serius!) panas nya. Sampaikan bila menghadapkan teman2 dirumah sewa tanggal 20.10 tempohari semua (padahal dua orang je) cakap 'Eii...Gelapnya!' '- Well, well, macam lah tak tahu kedudukan geografi daerah Tawau tu.' Keluasan seluruhnya lebih-kurang 6,125 KM persegi dan dikelilingi Laut Sulu di Timur dan Laut Sulawesi di Selatan (yang ini harus dihighlight)- mungkin faktor penyumbang kegelapan kulit.

Sepuluh hari yang sangat tenang bagi aku, tanpa ada gangguan dari kerja yang meresahkan. Walaupun dibayangi panggilan telefon dari seorang-dua 'bos'. Tapi that's ok, masih tenang lah kiranya. Tiga hari yang seronok, sebab dapat jadi babysitter untuk my cousin M.Arif Daniel (yang sangat pintar, petah dan nakal) dengan kata lain very the very hyperactive. Ahakss....

Tiga hari yang busy meronda-ronda bandar (ye bandar, bukan pekan!) Tawau, dan menghabis kan wang tunai sebanyak tujuh lapan ratus Ringgit Malaysia. Jumpa seorang-dua rakan-taulan dan berkongsi cerita-cerita (dan gosip, of course!) terkini.

Tapi itulah, balik ofis kerja makin bertambah-tambah. Semua orang pula, sibuk berbincang pasal Bajet 2010. Harap-harap ada berita baik. Tapi ntah lah. Tak ambik kisah sangat pun, yang penting kerja selesai, gaji dapat, bayar hutang. Sudah!

Selasa, Oktober 06, 2009

Fake?

"Kamu palsu!"

Soalan:
Kalau kamu dituduh dan ditohmah sedemikian betul-betul didepan muka (right infront your face), apa yang akan kamu lakukan?

i. Marah (disertai dengan penumbuk sulung)
ii. Menjerit (dengan nada lebih kuat dari bunyi alarm kereta Myvi)
iii. Mengebil-gebilkan mata (sambil menunjukan muka blurr)
iv. Buat-buat tidak tahu (dan senyum, dan meninggalkan beliau terpinga-pinga keseorangan)

A. i sahaja
B. ii sahaja
C. iii sahaja
D. iv sahaja
E. Tiada Jawapan

p/s: aku maklum, kamu juga sedia maklum. tidak ada jaminan dalam perhubungan. aku tidak pernah menunding salah pada kamu. aku sedar keterbatasan diri.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Gengsi

"Baju mu dari Paris, Sepatu mu dari Itali, Kau bilang demi gengsi, semua serba luar negeri."

Perhati dan lihat betul-betul bait lagu popular Indonesia 'Aku anak Singkong' ini. Lagunya memang asyik dan paling penting menghiburkan. Yeh! Yeh! Yeh! (*tiru iklan KitKat - karaoke)

Apa itu gengsi. Kalau ikut kamus; didefinasikan sebagai prestige (martabat), style (mengaya), esteem (penghargaan) dan respect (salut). Kalau benarlah makna tersirat (tersurat) dari bait lagu itu, ternyata ada satu soalan penting yang boleh diutarakan iaitu 'Tergolongkah kita dalam golongan yang mengejar gengsi?' Mau mengaku atau tidak, itu tidak penting. Jawapannya sudah jelas, tak perlu bersuluh juga sudah nampak. Kenyataannya bagaimana kamu behave memberikan penerangan yang cukup.

Gengsi-kah kita?
Ada orang mendefinasikan gengsi ini sebagai - sesuatu yang bisa membuat orang (lain) memberikan efek 'Waahhh....' Ahahaaa, definasi yang berbaur kelakar, tapi sangat padat dan real. Sememangnya (bagi aku) itulah dia maksud gengsi yang sebenarnya. Kita memang mau orang memberikan/mengekspresikan mimik muka mereka biar sampai melopongkan mulut mengjungkit-jungkit.

Gengsi ~ Aku juga mengejar gengsi sebenarnya. Walau tidak nampak jelas, tapi sememangnya aku sebegitu.

Panggilan

Aku berjaga ketika panggilan itu dilaungkan
Suara timbul tenggelam, diselang seli bunyi buatan manusia
Hati aku sayu mendengar puji-pujian itu
Tapi hairan aku masih senyap, tidak berganjak, masih berteleku disudut bilik
Berfikir apa harus dilakukan, minda berkecamuk
Seru-lah seruan...luah ku
Ku pandang luar jendela...
Aduhai...Yang sedar pun tidak menyahut, apatah lagi yang mati.

nK: Puisi Luahan