Sabtu, Februari 13, 2010

Kami suka gosip. Ia menghiburkan dan menceriakan hidup kami.

Umpama makanan yang ringkas, ringan dan sedap (serta mengandungi lemak dan kalori berlebihan) itulah ibaratnya gosip. Tukang Gosip aka Tukang Cucuk dalam sesuatu organisasi bak jawatan tetap dan berpencen tetapi tidak begaji. Senarai tugasnya termasuklah mengumpul data, menganalisis dan menyebarkan laporan (gosip). Ya! Benar kita (pekerja-pekerja sekalian) memang memerlukan seseorang dalam ofis untuk jawatan ini. Kita perlukan penyebar gosip yang boleh menewaskan keberkesanan dan kelajuan jalur lebar, melebihi 11.0 mbps seperti yang saya langani. Oh ya, ciri-ciri yang mesti ada pada pekerja ini mestilah: tepat, cepat dan cekap. Inilah yang kita perlukan untuk menyerikan hari-hari yang kusam, suram dan menyedihkan di ofis. (Saya cakap kusam, suram dan menyedihkan kerana hanya orang yang ada simptom-simptom ini sahaja yang suka gosip ofis!).

Mari kita lihat kebaikan gosip ofis (rasa teruja untuk mengetahui? Apa lagi dengan pantas skip line ni)

Satu. Ya, kita akan senantiasa up-to-date dengan perkembangan setiap inci makhluk di opis (termasuk kalau baju dia ‘made in bundle’ yang padahal tidak menjadi satu dosapun);

Dua. Kita mungkin dapat memupuk bakat kewartawanan malah dapat mempertajamkan dan memperluaskan pengunaan ayat-ayat sinis;

Tiga. Kita akan dapat berkomunikasi secara berkesan (dengan orang lain) dan mempertingkatkan skil mendengar (Ingat! skil mendengar sangat penting dalam komunikasi);

Empat. Kita dapat menyumbang pada kemusnahan ekologi (ke-muhibbah-an) sesama pekerja sekalian; dan akhir sekali....

Lima. Paling tidak-pun kita cemerlang dalam menghimpun pahala buat yang teraniya dan mengumpul dosa untuk diri sendiri.

PS: ‘Whoever gossips to you, will someday gossips about you’ Spanish Proverb.

PSS: Happy Chinese New Year. Gong Xi Fatt Choi. Especially to Wong WC, Chen WM & Cheung WW. May this year 'ONG' more big and bigger than before. and Happy Love-Day!

1 ulasan: