Khamis, Ogos 27, 2009

Tanggal 31 bulan Lapan, Lima-puloh-Tujuh



Hepi Besday, Malaysia!

PROUD to be Malaysian.

p/s: buat orang Malaysia, jangan gaduh-gaduh. duduk, rileks dan kau tenang je. fikir dulu, baru buat. jangan main hentam saja. kita ok kan?

Isnin, Ogos 24, 2009

Aku bukan HAKIM!

...Benar, dan aku sesungguhnya tidak layak (kelayakan akademik & ilmu agama) untuk menghakimi kamu (atau sesiapa sahaja). Aku hanya mampu melihat dan mendalami sebab dan akibat.

Please, aku bukan HAKIM yang diberi kuasa (layak menjatuhi hukum) untuk mensabitkan kamu (atau kamu, kamu dan kamu). Aku hanya-lah seseorang pemerhati dari sekian ramainya umat manusia.

Tolong, jangan hakimi aku, kerna aku bukan HAKIM yang adil (dan tidak zalim) pada diri sendiri. Aku hanya-lah sekecil-kecil tubuh yang berdiri atas kudrat dan belas-kasih TUHAN-ku YANG ESA.

p/s: Apa yang tertinggal pada aku hanya-lah 0.1% kepercayaan untuk bermula semula. Bisakah berjaya?

Jumaat, Ogos 21, 2009

Aku dan Waktu yang tertinggal

Ahh....

Mungkin kalau waktu bisa mampu menceritakan segalanya yang telah aku harungi, ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk dihabiskan. (Kalau buat cerita soap opera - mungkin akan mencecah ratusan siri. Huh! - Banyak tu!) Tapi, itu kalau-lah. Memang begitu-lah kehidupan, dan begini-lah kisahnya akan tertulis. Yang banyak merancang ialah kita (Aku, Kau & Kamu), tapi yang menentukan hanya-lah DIA (yang maha mengetahui, maha berhak atas segalanya).

Di setiap lorong dan liku yang kita harungi itu, akan selalu ada halangan yang bertimpa. Sama-ada setiap satunya akan berjaya melecunkan kepercayaan dan menghilangkan sedikit kekuatan kita, itu belum pasti lagi. Kerna, apa yang aku ada, tidak sama hal-nya dengan apa yang kamu tahu. Kita berbeza sangat. Terlalu different. Amat jauh. Bolehkah aku menamatkan perjalanan ini tanpa melupuskan semangat aku? Aduh, persoalan ini terlalu terkehadapan untuk aku congak. Aku sendiri tidak pasti.

Aku mahu waktu yang tertinggal ini, berjalan beriringan bersama. Mengharungi setiap detik dan masa. Aku berharap agar rasa bersalah ini menghilang menjauh, kerana pernah pada suatu ketika aku meninggalkan ia untuk di buang dan di tolak ke tepi.

love&peace (LoVeaCe) (-_-")

(p/s: ada orang suka mengata, tapi bukan mengutuk. ada orang suka melihat, tapi bukan memandang. ada orang suka mendengar, tapi bukan menghayati. ada orang suka memberi, tapi bukan bersedekah. aku? yang macamanakah aku?!)

Khamis, Ogos 20, 2009

Pre-Ramadhan Slot

Salam.

Oke. Ramadhan hampir mencelah. Dua atau tiga hari lagi sudah pasti kita, seluruh umat Muslim akan meredahi bulan yang paling penuh dengan kerahmatan, sepanjang hari, sepanjang malam. Tahun ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya, memang ada azam yang aku tanamkan. Kalau boleh aku ingin mengejar dan memperbanyak amalan di bulan ini. Bulan ramadhan yang cukup istimewa.

Minggu lepas, bila balik dari Teambuilding terasa memang ada banyak sangat pembaharuan yang harus dilakukan. Dan memandangkan Rancangan Diri-Sendiri Tahun 2009 hampir sampai ke penghujung penggal, rasanya perancangan awal untuk tahun 2010 patut difikir-fikirkan secepat yang boleh. Memang terfikir agak terlalu awal nak merancang untuk tahun hadapan tapi, kegagalan untuk merancang bermakna aku merancang untuk gagal. 'Parah tu...' Tapi rancangan tanpa perlaksanaan juga bermakna HAMPEH. Huh!

Kalau difikirkan, memang banyak yang Allah bekalkan untuk kita mengharungi hidup dekat muka bumi ini, cuma kita-lah orangnya yang selalu lupa, alpa, tamak dan lalai bila menggunakan bekalan tersebut. Banyak juga benda yang kita boleh manafaatkan dari diri kita sendiri kan? Cuma kekadang kita malas, malu dan segan. Hei, nak buat benda baik pun segan? Hairan kan? Kalau tidur kat opis tak pulak? Hisy....

Jadi, akan mulakan dengan mengemas-kini, menyusun atur segala barangan dalam bilik tidur dan juga opis. Sebab rupa macam tongkang-pecah, susah nak buat kerja. Serabut...Hoho.

Semoga dengan kedatangan Ramadhan yang baru ini, akan memberi sedikit cahaya 'baru' dalam hidup aku. (Kadang, manusia memang paling bijak menilai, tapi selalu salah menelaah. Jangan pernah takut untuk memberi pendapat, kalau kita betul, semua boleh merasakan kebaikannya. Kalau kita salah, mungkin ada yang boleh membimbing kita.)

Salam.

Rabu, Ogos 12, 2009

Celaka

Ada banyak benda dalam dunia ini yang aku mahu ubah kalau aku punya kesempatan. Ada banyak perkara yang akan aku lakukan kalau aku mampu.
Serius!
Dalam angan, aku ingin menjadi seorang yang pentingkan diri, aku mahu menjadi manusia yang sempurna. Angan-angan je-lah. Tapi aku masih lagi manusia yang punya hati dan perasaan. Faith, itu yang menghalang aku dari menjadi tamak.
Kerana disebabkan ketamakan itu lah aku menjadi saksi pada kehancuran sebuah tanah air, pada kehilangan nyawa dan pada kesengsaraan kesan peninggalan. Bertapa singkatnya pemikiran manusia, yang tidak pernah belajar dari sejarah, yang tidak pernah melihat sejarah sebagai pengajaran yang paling berguna. Mereka (manusia-manusia itu) seringkali dimomokan tentang keperitan hasil peperangan, tapi lupa bila kuasa, harta dan nafsu mencelah. Sayang sekali, mereka sudah terlupa.
Yang bangkit dan bermati-matian berjuang pula bukan datang dengan 'isi kosong', mereka punya sebab, mereka punya matlamat. Siapa berkuasa, dia menguasai. Siapa raja, dia-lah yang mutlak. Hari ini, dimana pembohongan adalah kebenaran dan kejujuran adalah kebinasaan, perangai manusia makin menjadi-jadi. Lebih binatang dari manusia! Ces, celaka sungguh!
Aku dalam erti kata lain mahu sahaja menghumban dan menginjak-injak semua pemunya jasad berhati binatang berkepala manusia yang sanggup menjadikan anak-anak sebagai perisai pertahanan mereka. Atau melumatkan sahaja mereka ke dalam perut bumi, di mana mereka tidak layak untuk diterima.
Celaka.

Isnin, Ogos 10, 2009

Aku, Kamu dan Masa

  • Kalau-lah waktu bisa menukarkan setiap yang terdetik ini menjadi emas dan permata, sumpah! aku sanggup menukarkan masa aku deminya. Kerna sudah puas aku menjadi 'miskin'; tulang-temulang aku pula sudah hampir remuk mempertahankan pendirian yang tiada berpenghujung. Pendirian yang akhirnya memakan diri aku sedikit demi sedikit, hingga akhirnya aku terjelepuk! mengenangkan bertapa bodohnya aku, buat sekian lamanya. Ces!
  • Dan kalau kamu menganggap aku materialistik orangnya, tidak mengapa-lah! teruskan sahaja menganggap aku sebegitu, yang paling ingin aku hamburkan ialah 'Aku perduli apa!'
  • Dan biar aku bertanya kepada kamu (iya kamu!) mengenai satu perkara: Pernah kamu menghulurkan tangan saat aku tersungkur, memapah aku meneruskan perjalanan? atau - Pernah kamu ikut menangis pabila melihat aku teresak-esak keseorangan?
  • Jawapannya: 'Tidak Pernah!'
  • Jadi buat apa aku mempeduli buah mulut berbaur iri kamu? Sedang makin lama, makin kamu berharap kejatuhan aku. Kamu sendiri senang membiar dunia menghukum ke-hiprokit-an aku, padahal kamu (iya kamu! (lagi)) yang mengasak aku ke hujung terowong dan memaksa aku bertindak begitu.
  • Sumpah! Aku sudah terlalu letih menjadi baik - dan malangnya, aku tidak mampu menjadi jahat!
  • Aku hanya mampu menjadi materialistik dan realistik.