Jumaat, Februari 26, 2010

Season Match: Aku tak Kira

Aku tak kira apa jadi, aku nak habiskan jugak game Season Match ni!
(Oh, aku lupa nak bagi salam "Selamat ke atas kamu")
~Assalamualaikum~
Game ni dah lama terperuk kat dalam xternal hard drive aku, adalah sekali dua aku cuba bermain. Since dia terkelompok dalam kroni 3-match game, keghairahan bermain tidak-lah sebegitu berombak-ombak. Tapi, kelmarin officemate aku telah mencabar (sebab bos Cuti) untuk menghabiskan game tersebut. Dan ironiknya sedang kami berkejar dan telah hampir sampai ke klimaks acara, kami berdua stuck dan menamatkan permainan pada level 4-15. Terbaru sekali aku telah mencuba untuk kali yang ke 21. Ohhh penat. Nampaknya hanya ada satu jalan penyelesaian paling logik dan mampu dilakukan iaitu bermula semula dari awal. Yah, aku akan bermula sekali lagi. Sebab...
"Aku tak kira apa jadi, aku nak habiskan jugak game Season Match ni. Lepas tu aku akan mula bermain game Season Match 2. Yeahoooo......Tak sabar nak main ni."

Khamis, Februari 25, 2010

This is NOT personal.

Some people would say "This is NOT PERSONAL. This is GLOBAL ISSUE, just like global warming issue or social/cultural issue. Its really this BIG (I mean BIGGEST) and if I not take any action this world (ours) will fall apart. I don't want our world fall apart. That's why this is so important."
(Padahal, memang ini ialah isu personal. Isu mengenai kenapa aku tidak suka kau berkelakuan begitu dan aku rasa kau bodoh dan sombong)
KITA (manusia) memang dilahirkan dengan otak dan keupayaan untuk berfikir dan menterjemah setiap keadaan sekeliling berdasarkan latar belakang dan pengalaman hidup. Apa yang kamu lihat, kamu tafsir. Apa yang kamu dengar, kamu intepretasi. Kamu akan sampai kepada satu kesimpulan. Itu cukup bagus. Yang aku harap kamu menyimpulkan dengan 'pembuktian yang nyata'. Tidak hanya dari pandangan dari dasar yang cetek. Kenapa aku rasa ianya cetek, kerna kamu hanya menyimpul tanpa mengalami. Kamu tidak-pun berada disitu, tidak-pun menjadi dia. Kamu hanya bercerita dengan berpandukan perkataan 'Kalau aku jadi dia....' Tapi itu kalau, kamu bukan dia... dan kamu tidak mengalami apa yang dia alami. Boleh-lah kamu dengan bongkak dan sombongnya mengucapkan demikian. Menegakan falsafah dan kefahaman kamu sendiri. Aku sudah penat untuk memperbetulkan fikiran kamu. Aku patut membiarkan kamu. Melepas kamu berjuang dengan cara kamu. Someday, aku mahu lihat kalau kamu berada disitu, dalam keadaan yang begitu...apa yang akan kamu lakukan. Melutut, membangga atau terus-terusan merunggut. Sedang, dalam kehidupan sehari-harian (yang senang-lenang) kamu merunggut (tapi aku pasti kamu tidak rasa itu satu perunggutan kan?). Menceritakan bertapa susahnya kamu melawan kemalasan untuk berjuang demi masa depan kamu. Mengharapkan tuah jadi berduyun-duyun.

Aha, sudah-sudah-lah. Aku mahu berhenti di sini.

Ahad, Februari 21, 2010

Grammar Girl's: Quick and Dirty Tips

Belajar lagi. Yah! Belajar memang tidak pernah berkesudahan. Laman web Quick and Dirty Tips ini memang banyak membantu saya dalam perihal berkaitan kekeliruan grammar. (Sebab masa sekolah dulu tido time belajar English Grammar. Hehe!) 'Maaf, cikgu2 ku sekelian, dulu aku memang malas + nakal!'

Grammar Girl's: Quick and Dirty Tips for Better Writing tulisan Mignon Fogarty

Mignon Fogarty merupakan seorang penulis yang berbakat. Beliau bukan penulis genre kreatif, kerana fokus beliau ialah penulisan akademik. Beliau yang mempunyai Bachelor of Arts in English (Univ. of Washington) dan Master of Science in Biology (Stanford Univ.), dahulunya bekerja sebagai penulis aliran teknikal (sains) sebelum menerbitkan? (memuatnaik) educational podcast yang bertajuk Grammar Girl's: Quick and Dirty Tips for Better Writing. Podcast ini menjadi terkenal dan beliau kemudiannya menghasilkan beberapa siri buku (dan masih juga podcast & audiobook) Grammar Girl's. Nak belajar English Grammar dengan cara yang gembira (fun) dan seronok (excite) dapatkan buku beliau atau langgan jer melalui aplikasi i-Pod/i-Phone atau singgah ke laman web Quick and Dirty Tips.

Banyak sangat tips yang berguna kalau kamu menjelajah ke laman ini. Bukan sahaja perihal tatabahasa (hampir terlupa...grammar itu ialah tatabahasa!), tapi terdapat juga pelbagai tips berkaitan ekonomi, karier, gaya hidup, kesihatan, dan sebagainya.

Ada masa, dan kalau-kalau kamu sedang bosan, jenguk-jenguklah lamanweb ini. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama teman-teman.

PS: ~Learning is finding out what you already know. Doing is demonstrating that you know it. Teaching is reminding others that they know just as well as you. You are all learners, doers, teachers.~ Richard Bach in Illusions

Selasa, Februari 16, 2010

I'm NOT OKAY! Because it's NOT OKAY!

I hate saying this: "Think positive. Everything gonna' be fine." Because I know "It's not okay. And I don't know whether it's gonna' be fine."

I hate people lie. But, I lied. In many things to do in this world, I choose to lie. I know, it's not right. It's unethical, wrong. You know what? I choose lie,... because its the easiest thing to do. Because I'm scared to face the truth. I don't want you to know the truth.

The proverb is true: 'Once you lied, there will be thousand to come.' And I'm in the middle of it. Tomorrow, I'm going to lie again, and again, and again. Till the truth revealed. Until then...

Just Say..."Think positive. Everything gonna' be fine."

Sabtu, Februari 13, 2010

Kami suka gosip. Ia menghiburkan dan menceriakan hidup kami.

Umpama makanan yang ringkas, ringan dan sedap (serta mengandungi lemak dan kalori berlebihan) itulah ibaratnya gosip. Tukang Gosip aka Tukang Cucuk dalam sesuatu organisasi bak jawatan tetap dan berpencen tetapi tidak begaji. Senarai tugasnya termasuklah mengumpul data, menganalisis dan menyebarkan laporan (gosip). Ya! Benar kita (pekerja-pekerja sekalian) memang memerlukan seseorang dalam ofis untuk jawatan ini. Kita perlukan penyebar gosip yang boleh menewaskan keberkesanan dan kelajuan jalur lebar, melebihi 11.0 mbps seperti yang saya langani. Oh ya, ciri-ciri yang mesti ada pada pekerja ini mestilah: tepat, cepat dan cekap. Inilah yang kita perlukan untuk menyerikan hari-hari yang kusam, suram dan menyedihkan di ofis. (Saya cakap kusam, suram dan menyedihkan kerana hanya orang yang ada simptom-simptom ini sahaja yang suka gosip ofis!).

Mari kita lihat kebaikan gosip ofis (rasa teruja untuk mengetahui? Apa lagi dengan pantas skip line ni)

Satu. Ya, kita akan senantiasa up-to-date dengan perkembangan setiap inci makhluk di opis (termasuk kalau baju dia ‘made in bundle’ yang padahal tidak menjadi satu dosapun);

Dua. Kita mungkin dapat memupuk bakat kewartawanan malah dapat mempertajamkan dan memperluaskan pengunaan ayat-ayat sinis;

Tiga. Kita akan dapat berkomunikasi secara berkesan (dengan orang lain) dan mempertingkatkan skil mendengar (Ingat! skil mendengar sangat penting dalam komunikasi);

Empat. Kita dapat menyumbang pada kemusnahan ekologi (ke-muhibbah-an) sesama pekerja sekalian; dan akhir sekali....

Lima. Paling tidak-pun kita cemerlang dalam menghimpun pahala buat yang teraniya dan mengumpul dosa untuk diri sendiri.

PS: ‘Whoever gossips to you, will someday gossips about you’ Spanish Proverb.

PSS: Happy Chinese New Year. Gong Xi Fatt Choi. Especially to Wong WC, Chen WM & Cheung WW. May this year 'ONG' more big and bigger than before. and Happy Love-Day!

Ahad, Februari 07, 2010

Refleksi: LampuBulan

Sabtu, Februari 06, 2010

Desain: Adobe Illustrator

Sejarah:
Adobe Illustrator pada mulanya dibangunkan untuk syarikat perkomputeran terkenal iaitu Apple Macintosh pada akhir tahun 1980-an dulu. Ianya merupakan produk 'peneman' pada Adobe Photoshop yang menjadi kegilaan waktu itu. Jika Photoshop memfokuskan manipulasi dan suntingan gambar, Illustrator pula khusus untuk 'typesetting' dan desain grafik logo. Illustrator mempunyai lebih banyak features berbanding Photoshop disebabkan ianya mengkhusus kepada rekaan grafik, termasuk 3D. Setakat ini, Illustrator telah dikeluarkan dalam 14 versi. Terbaharu Adobe Illustrator CS4.

**Adobe Illustrator CS3 merupakan medium yang saya guna untuk 'test power' kali ini. First time guna AI untuk buat desain. Walaupun agak huduh** ;-() sedikit, tetapi saya cukup bangga dengan pencapaian saya ini.

Hasilnya (pertama kali-nya!)

Tahukah kamu?
Ladybirds, Ladybugs atau Lady Beetles merupakan serangga yang sama? Tapi para saintis prefer gelar Lady Beetles (oleh itu kita refer sahaja Lady Beetles). Tergolong dalam famili Coccinellidae (kumpulan serangga: Ciri utama serangga ialah 1) mempunyai 3 pasang kaki; 2) Badan mempunyai 3 segment: Kepala, Toraks & Badan; 3) Compound Eyes (sekumpulan mata kecil yang bergabung untuk menghasilkan sebiji mata), bayangkan mata lalat? dan 4) sepasang sesungut. Sebahagian besar Lady Beetles merupakan 'serangga biologi' yang berguna dalam bidang pertanian. Makanan (or should we say 'Biscuits'?) kegemaran ialah apid dan mealybug (dari kumpulan famili Hemiptera) yang merupakan serangga perosak tanaman terutamanya sayuran.

PS: Lady Beetles hanya terdapat dalam tiga warna sahaja, Merah, Kuning dan Jingga dan mesti disertai dengan tompok-tompok hitam. Jangan keliru dengan Tortoise Beetles pulak!

Selasa, Februari 02, 2010

Mahu memperbaiki penulisan? Baca Tips ini.

(Peringatan: Ini ialah entri tentang Tips Menulis dengan Berkesan. Intro agak panjang dan sebahagianya tidak ada kena mengena dengan tajuk entri (Motif??) Sila skip intro kalau merasakan ialah adalah menyeleweng semata-mata. Terima Kasih.)

Intro…
Kata orang ‘Ada orang dan-dan lahir jer dah pandai menyanyi, ada yang berbakat berlakon semenjak dari umur 2 tahun, atau jadi 'model' seawal usia 5 tahun’. Tapi ini tidak bermakna orang yang tidak dilahirkan dengan bakat semulajadi tidak boleh menjadi lebih baik dari yang terlahir secara naturasi. Paling utama sekali ialah meningkatkan kemahiran satu langkah kehadapan.

Ingat tak zaman (Kenapa selalu kita tulis zaman? Macam dah lama berlalu. Pada-hal baru 15 tahun? Saya tulis zaman, kerana mengikut trend, ye.) kita kecil dulu? (Sekarang...sila rewind your brain recorder). Dah ingat? Oke, sambung balik. Sekolah kita ada motto ‘3M: Membaca, Menulis dan Mengira’. Rasanya semua sudah pandai membaca. Mengira pula...kalau setakat kira berapa banyak duit gaji, hutang PTPTN atau berapa nak bayar kat cashier Kedai Zuhrah tu, saya anggap kamu memang sudah bijak. Tapi dari segi menulis (maksud saya bukan menulis-nulis), tapi menghasilkan sebuah karya memang bukan semudah membaca majalah atau mengira duit. Ramai orang ingin karyanya dibaca dan diikuti (follower) tapi gagal berbuat demikian. Kenapa? Takde jawapan dalam bakul untuk itu. Oke, teruskan kepada agenda yang penting iaitu tips menulis.

Ada Enam Tips Menulis…

Pertama: Pastikan kamu 'Kerap Menulis' dan mestilah secara Spontan (Tatabahasa? Ah, abaikan jer dulu!)

Dua: Bereksperimen dalam pelbagai genre penulisan (Sajak, Cerpen, Surat, mahupun memo! Yah, memo pun kena tulis jugak.)

Ketiga: Minta maklumbalas (feedback) dari mereka yang kamu rasakan bagus.

Empat: Membaca, Membaca dan Membaca. (Kenapa saya ulang tiga kali? Sebab dengan membaca karya orang lain, bisa membantu memahami lenggok penulisan serta secara tidak langsung menambah pengetahuan.)

Lima: Tulis mengenai apa yang kamu tahu. Fakta?! Selalunya mengenai pengalaman hidup kamu.

Enam: Semak dan Sunting (Editor in-chief tidak dibayar puluh ribu sebulan untuk duduk dan memandang helaian demi helaian artikel semata-mata). Kerja penyuntingan adalah kerja yang paling susah dalam sesebuah firma penerbitan. Ada faham?

Erm, buat masa ini, itu-lah sahaja tips yang boleh dikongsikan bersama. Selamat mengamalkan.


Oh ya...29hb Januari sempat pergi ke Pesta Buku MPH 2010 kat Stadium Melawati, Shah Alam. Saya ada membeli empat buah buku iaitu The World's Greatest Spies and Spymasters; The Essential Drucker; How to Develop Self-Confidence and Influence People by Public Speaking dan Managing with Carrot. Teringin nak beli buku Ken Follett (diskaun cuma 20% untuk buku beliau), tapi sekarang ni, tengah berusaha untuk menjengah BookXcess di Amcorp Mall (harga half price - tapi buku limited) untuk membeli buku tersebut. (Hempp..) Sedang membelek buku terjumpa buku karya Jostein Gaarder: Dunia Sophie dalam versi Bahasa Melayu. Terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). WoW! *Terujanya*