Ahad, April 04, 2010

Pasca-Trauma yang Trauma

Lamanyer tak memblog. Tangan pun dah naik miang nak menekan papan kekunci laptop compaq kaler hitam ini dan menulis berjela-jela. Tapi sejauh mana pun kemiangan jari-jemari ku ini, masih dapat ku bendung dari menaip isu-isu yang menakjubkan (saja je, tambah ayat menakjubkan) akhir-akhir ini (atau, aku harus katakan masalah?). Oke, whatever!

Sekarang ni life memang busy and suck! I mean it. Very da' very suck. Sampai kadang-kadang nak give up, and let go everything in my life. Almost jer. Tak buat lagi. Tapi masih menyimpan cadangan tersebut dalam hati. Mana-lah tahu kalau cadangan itu boleh digunakan masa akan datang. Aku tidak membuangnya secara keseluruhan. Gila kan?

Yang aku tahu sekarang ni, aku tak nak peduli orang lain. Biaq pi.
Sebab aku rasa aku sendiri pun dah tak larat nak peduli pasal diri aku.
Aku nak buat suka hati aku je. Suka hati sendiri. Sakit hatipun sendiri.
Lagi berbaloi (baloi).

Aku stress, bosan, penat, sakit hati, jiwa kacau!!!

Isnin, Mac 08, 2010

Pesanan Penaja

Ya! Nampaknya tidak ada bahan menarik untuk diceritakan. So, saya berhenti sekejap untuk memberi tumpuan pada tugasan hakiki di pejabat.


Sekian.

Jumaat, Februari 26, 2010

Season Match: Aku tak Kira

Aku tak kira apa jadi, aku nak habiskan jugak game Season Match ni!
(Oh, aku lupa nak bagi salam "Selamat ke atas kamu")
~Assalamualaikum~
Game ni dah lama terperuk kat dalam xternal hard drive aku, adalah sekali dua aku cuba bermain. Since dia terkelompok dalam kroni 3-match game, keghairahan bermain tidak-lah sebegitu berombak-ombak. Tapi, kelmarin officemate aku telah mencabar (sebab bos Cuti) untuk menghabiskan game tersebut. Dan ironiknya sedang kami berkejar dan telah hampir sampai ke klimaks acara, kami berdua stuck dan menamatkan permainan pada level 4-15. Terbaru sekali aku telah mencuba untuk kali yang ke 21. Ohhh penat. Nampaknya hanya ada satu jalan penyelesaian paling logik dan mampu dilakukan iaitu bermula semula dari awal. Yah, aku akan bermula sekali lagi. Sebab...
"Aku tak kira apa jadi, aku nak habiskan jugak game Season Match ni. Lepas tu aku akan mula bermain game Season Match 2. Yeahoooo......Tak sabar nak main ni."

Khamis, Februari 25, 2010

This is NOT personal.

Some people would say "This is NOT PERSONAL. This is GLOBAL ISSUE, just like global warming issue or social/cultural issue. Its really this BIG (I mean BIGGEST) and if I not take any action this world (ours) will fall apart. I don't want our world fall apart. That's why this is so important."
(Padahal, memang ini ialah isu personal. Isu mengenai kenapa aku tidak suka kau berkelakuan begitu dan aku rasa kau bodoh dan sombong)
KITA (manusia) memang dilahirkan dengan otak dan keupayaan untuk berfikir dan menterjemah setiap keadaan sekeliling berdasarkan latar belakang dan pengalaman hidup. Apa yang kamu lihat, kamu tafsir. Apa yang kamu dengar, kamu intepretasi. Kamu akan sampai kepada satu kesimpulan. Itu cukup bagus. Yang aku harap kamu menyimpulkan dengan 'pembuktian yang nyata'. Tidak hanya dari pandangan dari dasar yang cetek. Kenapa aku rasa ianya cetek, kerna kamu hanya menyimpul tanpa mengalami. Kamu tidak-pun berada disitu, tidak-pun menjadi dia. Kamu hanya bercerita dengan berpandukan perkataan 'Kalau aku jadi dia....' Tapi itu kalau, kamu bukan dia... dan kamu tidak mengalami apa yang dia alami. Boleh-lah kamu dengan bongkak dan sombongnya mengucapkan demikian. Menegakan falsafah dan kefahaman kamu sendiri. Aku sudah penat untuk memperbetulkan fikiran kamu. Aku patut membiarkan kamu. Melepas kamu berjuang dengan cara kamu. Someday, aku mahu lihat kalau kamu berada disitu, dalam keadaan yang begitu...apa yang akan kamu lakukan. Melutut, membangga atau terus-terusan merunggut. Sedang, dalam kehidupan sehari-harian (yang senang-lenang) kamu merunggut (tapi aku pasti kamu tidak rasa itu satu perunggutan kan?). Menceritakan bertapa susahnya kamu melawan kemalasan untuk berjuang demi masa depan kamu. Mengharapkan tuah jadi berduyun-duyun.

Aha, sudah-sudah-lah. Aku mahu berhenti di sini.

Ahad, Februari 21, 2010

Grammar Girl's: Quick and Dirty Tips

Belajar lagi. Yah! Belajar memang tidak pernah berkesudahan. Laman web Quick and Dirty Tips ini memang banyak membantu saya dalam perihal berkaitan kekeliruan grammar. (Sebab masa sekolah dulu tido time belajar English Grammar. Hehe!) 'Maaf, cikgu2 ku sekelian, dulu aku memang malas + nakal!'

Grammar Girl's: Quick and Dirty Tips for Better Writing tulisan Mignon Fogarty

Mignon Fogarty merupakan seorang penulis yang berbakat. Beliau bukan penulis genre kreatif, kerana fokus beliau ialah penulisan akademik. Beliau yang mempunyai Bachelor of Arts in English (Univ. of Washington) dan Master of Science in Biology (Stanford Univ.), dahulunya bekerja sebagai penulis aliran teknikal (sains) sebelum menerbitkan? (memuatnaik) educational podcast yang bertajuk Grammar Girl's: Quick and Dirty Tips for Better Writing. Podcast ini menjadi terkenal dan beliau kemudiannya menghasilkan beberapa siri buku (dan masih juga podcast & audiobook) Grammar Girl's. Nak belajar English Grammar dengan cara yang gembira (fun) dan seronok (excite) dapatkan buku beliau atau langgan jer melalui aplikasi i-Pod/i-Phone atau singgah ke laman web Quick and Dirty Tips.

Banyak sangat tips yang berguna kalau kamu menjelajah ke laman ini. Bukan sahaja perihal tatabahasa (hampir terlupa...grammar itu ialah tatabahasa!), tapi terdapat juga pelbagai tips berkaitan ekonomi, karier, gaya hidup, kesihatan, dan sebagainya.

Ada masa, dan kalau-kalau kamu sedang bosan, jenguk-jenguklah lamanweb ini. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama teman-teman.

PS: ~Learning is finding out what you already know. Doing is demonstrating that you know it. Teaching is reminding others that they know just as well as you. You are all learners, doers, teachers.~ Richard Bach in Illusions

Selasa, Februari 16, 2010

I'm NOT OKAY! Because it's NOT OKAY!

I hate saying this: "Think positive. Everything gonna' be fine." Because I know "It's not okay. And I don't know whether it's gonna' be fine."

I hate people lie. But, I lied. In many things to do in this world, I choose to lie. I know, it's not right. It's unethical, wrong. You know what? I choose lie,... because its the easiest thing to do. Because I'm scared to face the truth. I don't want you to know the truth.

The proverb is true: 'Once you lied, there will be thousand to come.' And I'm in the middle of it. Tomorrow, I'm going to lie again, and again, and again. Till the truth revealed. Until then...

Just Say..."Think positive. Everything gonna' be fine."

Sabtu, Februari 13, 2010

Kami suka gosip. Ia menghiburkan dan menceriakan hidup kami.

Umpama makanan yang ringkas, ringan dan sedap (serta mengandungi lemak dan kalori berlebihan) itulah ibaratnya gosip. Tukang Gosip aka Tukang Cucuk dalam sesuatu organisasi bak jawatan tetap dan berpencen tetapi tidak begaji. Senarai tugasnya termasuklah mengumpul data, menganalisis dan menyebarkan laporan (gosip). Ya! Benar kita (pekerja-pekerja sekalian) memang memerlukan seseorang dalam ofis untuk jawatan ini. Kita perlukan penyebar gosip yang boleh menewaskan keberkesanan dan kelajuan jalur lebar, melebihi 11.0 mbps seperti yang saya langani. Oh ya, ciri-ciri yang mesti ada pada pekerja ini mestilah: tepat, cepat dan cekap. Inilah yang kita perlukan untuk menyerikan hari-hari yang kusam, suram dan menyedihkan di ofis. (Saya cakap kusam, suram dan menyedihkan kerana hanya orang yang ada simptom-simptom ini sahaja yang suka gosip ofis!).

Mari kita lihat kebaikan gosip ofis (rasa teruja untuk mengetahui? Apa lagi dengan pantas skip line ni)

Satu. Ya, kita akan senantiasa up-to-date dengan perkembangan setiap inci makhluk di opis (termasuk kalau baju dia ‘made in bundle’ yang padahal tidak menjadi satu dosapun);

Dua. Kita mungkin dapat memupuk bakat kewartawanan malah dapat mempertajamkan dan memperluaskan pengunaan ayat-ayat sinis;

Tiga. Kita akan dapat berkomunikasi secara berkesan (dengan orang lain) dan mempertingkatkan skil mendengar (Ingat! skil mendengar sangat penting dalam komunikasi);

Empat. Kita dapat menyumbang pada kemusnahan ekologi (ke-muhibbah-an) sesama pekerja sekalian; dan akhir sekali....

Lima. Paling tidak-pun kita cemerlang dalam menghimpun pahala buat yang teraniya dan mengumpul dosa untuk diri sendiri.

PS: ‘Whoever gossips to you, will someday gossips about you’ Spanish Proverb.

PSS: Happy Chinese New Year. Gong Xi Fatt Choi. Especially to Wong WC, Chen WM & Cheung WW. May this year 'ONG' more big and bigger than before. and Happy Love-Day!