Ahad, Februari 21, 2010

Grammar Girl's: Quick and Dirty Tips

Belajar lagi. Yah! Belajar memang tidak pernah berkesudahan. Laman web Quick and Dirty Tips ini memang banyak membantu saya dalam perihal berkaitan kekeliruan grammar. (Sebab masa sekolah dulu tido time belajar English Grammar. Hehe!) 'Maaf, cikgu2 ku sekelian, dulu aku memang malas + nakal!'

Grammar Girl's: Quick and Dirty Tips for Better Writing tulisan Mignon Fogarty

Mignon Fogarty merupakan seorang penulis yang berbakat. Beliau bukan penulis genre kreatif, kerana fokus beliau ialah penulisan akademik. Beliau yang mempunyai Bachelor of Arts in English (Univ. of Washington) dan Master of Science in Biology (Stanford Univ.), dahulunya bekerja sebagai penulis aliran teknikal (sains) sebelum menerbitkan? (memuatnaik) educational podcast yang bertajuk Grammar Girl's: Quick and Dirty Tips for Better Writing. Podcast ini menjadi terkenal dan beliau kemudiannya menghasilkan beberapa siri buku (dan masih juga podcast & audiobook) Grammar Girl's. Nak belajar English Grammar dengan cara yang gembira (fun) dan seronok (excite) dapatkan buku beliau atau langgan jer melalui aplikasi i-Pod/i-Phone atau singgah ke laman web Quick and Dirty Tips.

Banyak sangat tips yang berguna kalau kamu menjelajah ke laman ini. Bukan sahaja perihal tatabahasa (hampir terlupa...grammar itu ialah tatabahasa!), tapi terdapat juga pelbagai tips berkaitan ekonomi, karier, gaya hidup, kesihatan, dan sebagainya.

Ada masa, dan kalau-kalau kamu sedang bosan, jenguk-jenguklah lamanweb ini. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama teman-teman.

PS: ~Learning is finding out what you already know. Doing is demonstrating that you know it. Teaching is reminding others that they know just as well as you. You are all learners, doers, teachers.~ Richard Bach in Illusions

Tiada ulasan:

Catat Ulasan