Isnin, Disember 28, 2009

1431H dan 2010AD

1431 Hijrah dan 2010 Masihi

1431 sudai mulai menghitung hari bermula 18 Disember lepas . Dua hari lagi tahun baru masihi 2010. Rasa macam sekejapnya masa satu tahun berlalu. Tup-tup dah akhir tahun, begitu pantasnya perjalanan yang beriringan dengan waktu. Kalau akhir tahun 2008 lepas, macam ni lah juga tabiat -menghitung-hitung berakhirnya tempoh satu tahun dan mengukur-ukur pencapaian tahunan. (Ah, tabiat lama, manakan bisa dibuang serta-merta!)

Kata orang 'Tahun baru, mesti azam baru.' Tapi itulah, kalau nak kira 'azam' memang jauh dari jangkauan. Pun begitu, kalau dibilang perihal 'keazaman' memang ada banyak jugak yang tercapai, malah sesetengahnya lebih baik dari jangkaan.


Mengenai AKU

Tahun baru ini aku mulakan dengan 'Tentukan Hidup Saya Sendiri'. Sesetengah perkara walaupun seronok dilakukan tetapi jika tidak mendatangkan kejayaan mutlak tidak berguna juga. Perihal mengisi tabungan menjadi agenda utama tahun 2010 ini. Bajet (eiseh, macam Parlimen pulak) mesti sedikit sebanyak perlu di agih-agihkan ke beberapa agensi (tabung) yang berlainan. If goverment shows their effort towards 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' dengan membentangkan pelan stimulus yang memberi keutamaan kepada rakyat jelata, aku juga akan merangka satu pelan stimulus kewangan yang berkesan. Terutamanya jika segala-gala agenda tahun hadapan berkait rapat dengan faktor kewangan.

Hasrat dan Harapan walaupun mempunyai dua konteks yang berbeza, tetap menjadi sebab utama untuk merealisasikan azam tahun baru. Tidak cukup dengan usaha sahaja, yakin boleh dan mengambil peluang juga penting.

Akhir kata, 'Tahun baru ini kita sambut dengan jiwa baru'. Tukarkan semua perkara negatif kepada sesuatu yang positif. Belajar sesuatu yang baru, jangan mahu jadi katak dibawah mangkuk kaca. Tahu orang berjaya tapi hanya melihat dan mendambakan kejayaan tanpa berusaha untuk keluar. So, mulalah bergerak kehadapan. Mahu maju tapi tidak bergerak kehadapan menandakan harapan yang sia-sia.

Usaha lagi dan terus berusaha. Semoga semuanya selamat, atas kehendak yang ESA.

'Selamat tahun baru hijrah 1431 dan tahun 2010'

Dari Pinggiran Kota Metropolitan Kuala Lumpur

Isnin, Disember 21, 2009

Aku HEBAT! Yeah aku hebat.

Ayoh, jerit ramai2 "Aku Hebat!" dan mula yakin-kan diri anda bahawa anda memang seorang yang HEBAT!


Harus bangun dan datang awal pagi ke ofis dengan penuh semangat dan membudayakan 'Aku Hebat' dalam jiwa --> yang ini pesanan untuk diri sendiri! ;)




Selasa, Disember 08, 2009

Tentang hidup and evolusi

Ya, kau akur kepada kehendak perubahan. Kerna kau tahu berubah itu pasti. Sama ada kau bertungkus-lumus dan berhempas-pulas mengekalkan apa yang kau ada hari ini, masa terus-menerus akan berlalu. Membawa bersama angin dan cuaca. Dan memaksa dari sekecil-kecil kuman dan sebesar-besar gunung untuk berevolusi.

Benar, evolusi itu bagus dalam banyak hal. Tidak dinafikan. Cumanya bila evolusi itu sendiri mengancam ketenangan hidup apa kau rasa? Suka? Sedih? Teruja? Atau rasa bersalah?Dan rasa bersalah kau itu membuatkan kau hampir pasti migrain dan separuh gila.

Kadang kau fikir adalah lebih baik menjadi seorang yang anti-sosial, sekurang-kurangnya kau kurang dikenali dan setiap gerakan kau bukanlah topik perbualan. Maaf ye...Sis, sudah terlewat. Sesetengah perkara tidak dapat diformat terus dari memori otak dan bukan semua dongengan bisa dilupakan, walaupun jalan ceritanya tidak logik di akal.

Nah! Sekarang cuma ada tiga option....Sama ada kau berubah, berevolusi atau melenyap. Fikir dan buat keputusan. Hanya kau yang boleh menentukan arah hidup kau sendiri.

"Hari ini kita sudah insaf. Hari ini kita sudah menjadi manusia baik. Hari ini kita sudah membuat kebaikan. Tapi, patutkah kita melupakan hari semalam? Hari semalam dimana kita bermegah-megah dengan keburukan kita?"


Isnin, Disember 07, 2009

Perlakuan masa terluang


Anjuran perlakuan masa terluang-ku...

UiTM Di Hati Ku

"Masa-masa lapang yang asyik dibuang dan hanya dimanafaatkan untuk membentuk figura badan supaya bertambah berisi adalah lebih afdal digunakan untuk mencuba satu kemahiran baru, seperti di gambar. Yay! Sudah berjaya."

dEsign adalah 'Di ilham, Di cipta dan Di imaginasi' oleh aku dengan menggunakan teknologi Adobe Photoshop CS4.

{satu hari, satu ilmu}