Jumaat, November 27, 2009

Matematik, Ilmu Hisab, Nombor, Angka dan Aku

Aku bukan dilahirkan untuk menjadi ahli matematik dan pakar ilmu hisab. Itu aku pasti, sebab aku tidak suka nombor. Angka memeningkan kepala aku, membuat aku pusing dan dalam banyak hal ia menyebabkan aku hampir pitam.

Dan ironiknya, kerja aku sekarang berkisar pasal nombor dan angka dan dalam kata yang lebih ke'matematik'an ialah statistik. Karma mungkin. Selalu sahaja apa yang kita tidak suka akan membayangi hidup kita kan? Tapi aku tidak menyalahkan takdir. Aku belajar menyintai kerja dan tanggungjawab aku. Lembab, lemau dan berat...tapi aku tidak ada hak mutlak untuk meninggalkan kerja yang aku mulai ini. Sudahnya aku teruskan juga.

"Dari ke'naik'an sampai ke'turun'an tiada ke'duduk'an"

TBB>>Hari ini sedang sibuk menganalisis data dan memlakukan kerja-kerja menyusun result dalam laporan. Agak sibuk.

Selasa, November 24, 2009

ICT awareness

Serius! Aku cukup muak dengan email yang penuh dengan spam! Aku benci dengan spam emel yang menghantui dan memenuhi segenap ruangan dalam emel aku! Dan benci dengan virus yang merebak dan membawa wabak sepertinya tidak mahu memberikan belas ihsan terhadap komputer aku.

Eh, baru-baru ni aku ada pergi kursus 'ICT awareness' time nama aku naik kursus ni cam.... (dalam hati cakap) 'Hisk, hello? Tak payah nak awareness segala, aku dah tahu dah. Bagi orang lain pegi boleh?!' Berlagak seh. Tapi bila aku masuk kursus kesedaran tu, rupanya ianya bukan sekadar 'kesedaran' sahaja, sesetengahnya benda yang aku tak tahu pun. 'Isk...kalau lah aku suarakan rasa hati hari tu, mesti malu punya. Sebab kursus tu aku rasa banyak memberi pengetahuan kat aku.

Contohnya:
kita selalu nampak kat dalam blog alamat email macam nie kan? akubukanaristokrat at bolehbelah dot com -kan? Dan kita rasa macam bodoh jer kan buat cam tu. Tulis elok-elok boleh tak. Kan senang kalau tulis akubukanaristokrat@bolehbelah.com jer. Sedap jugak mata memandang. Rupanya ini dilakukan untuk mengelakan lambakan emel spam yang entah dari mana asal usulnya.

VIRUS?
V=Vital
I=Information
R=Resources
U=Under
S=Siege

Dalam kata ringkasnya...kebanyakan yang ada exension file seperti disenarai menyebarkan virus.
.sys
.exe
.dll
.bat
.com

TBB>> Okay! Cukup untuk segment ICT minggu ni. Lain kali citer lagi. Chow!

Ahad, November 22, 2009

The Party was Over!


The party was not over yet! And there is no recognize faces that I see. So, I walk-away and leave the white bungalow behind. Slowly and silently walk pass the brick wall infront the old tennis court towards nowhere. The midnight has no more sense. The surrounding was so cool and the air is thin. I have no idea what am I doing here, in the middle of this dead town. This town so silence. So silence, I can even heard the water drops one-by-one. Tik, tik, tik.

I hate being here! I hate being here for nothing. But mostly I hate being here to leave alone. Alone by myself!

Isnin, November 09, 2009

NEEDED VERY MUCH

"Are you needed that much?"
"Well, I guess I am."

hahahahaaaaa..... ;)

Ahad, November 08, 2009

Aku Berhenti

Aku berhenti menganggap kerja itu tanggungjawab, tapi menganggap itu adalah kehidupan.
Aku berhenti menganggap cinta itu indah, tapi menganggap itu adalah kebahagiaan.
Aku berhenti menganggap sakit itu parah, tapi menganggap itu adalah tanda kasih sayang.
Aku berhenti menganggap kaya itu perlu, tapi menganggap itu adalah harus.
Aku berhenti menganggap usaha itu memenatkan, tapi menganggap itu adalah kenikmatan.
Aku berhenti menganggap bersuara itu hebat, tapi menganggap itu adalah kemestian.
Aku berhenti menganggap diam itu kalah, tapi menganggap itu adalah masa pengisian.


[Kegilaan itu ditafsirkan sebagai ke-tidak-logik-an akal fikiran manusia terhadap sesuatu perkara yang logik.]

Rabu, November 04, 2009

The Notebook

Bukan notebook yang itu atau yang itu ya? Tapi yang ini...

Isnin, November 02, 2009

Get Cape, Wear Cape, Fly

(One Tree Hill, Season 6:Episode 3)

Sam Walker (opening voice over) qouted this...

"Quentin Fields was a basketball player. He was also a son. A brother. Somebody's teammate. And somebody's friend. I didn't know Quentin Fields and I guess now I never will. Did you ever wonder what it would be like if you weren't you anymore? If you were suddenly gone, how would your world react? Whatever you imagined is wrong. There's nothing romantic about death. Grief is like the Ocean. It's deep and Dark and bigger than all of us. And pain is like a thief in the night."


And,
Sam Walker (closing voice over) qouted this, the day Quentin Fields buried...

"Quentin Fields was a basketball player. He was also a son. A brother. Somebody's teammate. And somebody's friend. I never knew Quentin Fields and I guess now I never will. Grief is like the ocean; it's deep and dark and bigger than all of us. And pain is like a thief in the night. Quiet. Persistent. Unfair. Diminished by time and faith and love. I didn't know Quentin Fields, but I'm jealous of him. Because I see how his absence has affected the people who did know him. So I know he mattered to them. And I know he was loved. People say that Quentin Fields was a great basketball player: graceful, fluid, inspiring. They say on a good night it almost seemed as though he could fly. And now he can."

[I like the way Sam express this qoutes. Because this is exactly (change the character name, character job) the way I'm gonna remember the people that I didn't knew much and (gone), but affected me in many ways.]

Ahad, November 01, 2009

Benda yang aku suka...tapi

Aku suka bicara...tapi bukan dengan kamu.
Aku suka hujan...tapi bukan sekarang.
Aku suka sunyi...tapi bukan waktunya.
Aku suka berjalan...tapi bukan disini.
Aku suka ketawa...tapi bukan selalu.
Aku suka senyum...tapi tiada kemahuan.
Aku suka memerhati...tapi tiada pemandangan.
Aku suka bercerita...tapi tiada kesempatan.
Aku suka menyanyi...tapi tiada bakat.
Aku suka menulis...tapi tiada ilham.