Rabu, September 30, 2009

Aku Bukan Ekslusif

Yah! Aku tahu benar kedudukan aku dihati kamu. Hanyalah tempat kamu mengadu jika teraniya, berteduh jika kamu tiada arah. Tempat bertanya jika kamu muskyil. Berkongsi duka saat kamu sedih dan suka (itupun jika kamu teringat-akan aku). Jangan pernah risau, aku faham, dan aku sedar aku bukan ekslusif di hati kamu. Aku cumalah seorang peneman.

Selasa, September 29, 2009

Karma?

Tadi, sambil menyelak-yelak helaian buku-buku bertemakan research antaranya:-

1) Research Methods for Social Sciences: Made Simple by Sulaiman Shamsuri
2) Research Methodology by Ranjit Kumar
3) Health Science Research by Jennifer Peat
4) SPSS 15.0 Brief Guide


tiba-tiba teringat kembali zaman kat U dulu. Subjek statistik/research methodology (a.k.a. QMT [333/222]) memang bukanlah subjek favourite aku, tapi disebabkan ianya adalah subjek wajib fakulti, maka dengan berat hati akan mendaftarkan subjek tersebut untuk diikuti pada part 5 (Diploma) dan part 4 (Degree). Mujur result cukup dan lulus. Berbanding dengan subjek management yang memang menjadi bidang kepakaran aku (sebab aku memang pandai menggoreng dan menambah perisa>>lagi ayat puji diri sendiri ;)) , subjek berasaskan pengiraan adalah satu disaster bagi aku.

Dengan berpandangan dan mentaliti yang telah dimomokan dengan kesusahan mengenai konsep fakta, logik dan ilmu hisab<<<>aku telah menanam azam untuk tidak mencari pekerjaan yang berkaitan langsung dengan QMT.

Tapi kalau sudah karma..."What goes around comes around" jugak, hari ini aku tersadai didunia pekerjaan yang dari awalnya memang bergelumang dengan QMT. Tak kenal maka tak cinta, mungkin apa yang aku temui (setakat ini) dalam bidang ini masih tidak cukup kuat untuk mengikat aku untuk mencintai, tapi satu yang aku faham mengenai pekerjaan ini; aku dilatih untuk menjadi seorang yang multi-talented also multi-tasking dan belajar menjadi seorang yang kuat dari semua segi, kerna inilah kerja yang memerlukan pengorbanan, kesetiaan, keredhaan, kerelaan dan ketersediaan. Pendek kata, 5-dalam-1.



Ahad, September 27, 2009

Cuti Raya (Post)

Wow...

Bila kerja bertambah dan menimbun, otak pun jadi bengong sekejap (minda pun jadi blank, tak tahu nak bermula dari mana, atau bercerita apa.)

Balik jer opis (macamlah aku cuti raya pun, pada-hal dah mula kerja since last week. Oho!), most of job leafovers (yes! it is leafovers) sebab takde mood nak kerja last week, tapi manage to siapkan data cleaning about 200++. Yay! Sorak untuk diri sendiri, kerana berjaya mengharungi detik paling memboringkan dengan sesungguhnya!

Kerja-kerja data entering masih bersisa, sesungguhnya aku memerlukan 58 data lagi untuk memenuhi kuota. Malangnya, un-processed data yang baru tiba di atas meja aku ni had 50 data sahaja. Aku miss-ing 8 data lagi. Minda aku menguras sumber, aku terpaksa memaksa Cik Ain untuk berusaha keras mendapatkan sekurang-kurangnya 10 data lagi. 2 data untuk spare, takut kalau ada missing/corrupted data.

Pukul sembilan-tujuh-belas minit (saat tidak dapat dipastikan)-pagi,

Cik Eryz membuat satu panggilan kepada aku (dialog dia lebih kurang macam-ni):

Eryz: Eh Beb, ko kat ne?
Aku: Kat opis ler. Nape?
Eryz: Ko ada tak nota HRM?
Aku: HRM? You mean Human Resources Management? Apa kes?
Eryz: Eh, aku kena mengajar HRM dengan Keusahawanan la pulak.
Aku: ETR. Ooo...Eh, dah mula kerja ke, Beb?
Eryz: A'ah. Notes ETR aku dah ada, tinggal HRM je lagi.
Aku: Hmm...pasal apa kena mengajar? Ooo...lupa sekarang kan dah maju!
(lepas tu aku gelak kuat giler. Officemate yang duduk bertentangan, turut memberi sedekah (senyuman).
Eryz: Ntahlah. Kena mengajar pulak.
Aku: HRM aku takde nota. Tapi kalau nak softcopy boleh try dengan En. Zai, dia tu semua nota management ada. Hard-copy (mungkin)* aku ada. Tapi softcopy susah sikit.
Eryz: Isk, aku nak guna esok nih! Aku baru dapat tahu tadi.
Aku: Whole bab ke? Banyak tu? Takkan dia tak bagi spesific bab?
Eryz: Takde.
Aku: Ump, nanti aku terai~ cari. Kalau ada aku bagitau.
Eryz: Aku pun tengah cari ni. Ko ON YM tak?
Aku: Maybe. Tak, nanti aku ON-kan. Kita citer kat YM-lah.
Eryz: Oke.

~Hahahaaaa....makin menambah lagi satu kerja untuk hari ini.~ Siaplah kau! Cari penyakit betul!!!

p/s: Aku memang jadi library bergerak kawan-kawan. Dan tukang supporter paling kuat member-member.
(Puji-diri-sendiri>> (^-^)"

Khamis, September 24, 2009

Twilight Saga

Kelakar. Mungkin itu ayat yang paling awal kita fikirkan kalau kita terbaca/dengar mengenai seorang yang berumur 45 - 50 tahun menjadi begitu addicted pada novel-romantik-pontianak/warewolf 'Twilight saga' (Twlight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn). So, apa yang dijanjikan dalam siri novel ini, sampaikan begitu sekali orang meminatinya. "Eh, Jangan menghakimi, kalau anda bukan hakim. Eceh!...Pandainya aku buat kesimpulan. Kalau sudah minat, apa nak dikata."

Begitupun, kalau diamati kisah pontianak memang menjadi satu tema yang mengikut aliran (in-line) semenjak dulu lagi baik dimedia seperti buku ataupun filem (dan iklan komersial). Dracula, Vampire, Blade, Interview with the Vampire, Van Helsing, The Anita Blake, (nak listkan terlalu banyak pula. Kat yahoo answer ada
jawapannya) semuanya berkisar mengenai pontianak atau serigala jadian. Tapi dalam arena penulisan buku genre ini, Twilight saga (karangan Stephanie Meyer) telah mendahului yang lain seterusnya menjadi kegilaan dunia. 70 juta cetakan, ditransilasi ke 37 bahasa, setakat ini 3 buah filem adaptasi novel (1 telah ditayangkan, 1 sedang menunggu untuk ditayangkan dan 1 masih dalam proses pembikinan). Sah! Meyer kini bergelar jutawan dengan pendapatan melebihi US$ 50 juta.

Twilight saga, membawa anda untuk mengenali Bella Swan (watak utama) dan Edward Cullen (watak utama juga), dari perspektif Swan sendiri dan perjalanan hidup beliau setelah mengenali/bercinta dengan Cullen. Apa yang difikirkannya, mengapa dia tertarik dengan Cullen. Rasa ingin tahu Swan menyebabkan dia terjebak dengan Cullen. Dan kenapa Cullen begitu tertarik dengan Swan. Ceritanya sedang elok dan mudah untuk diikuti. Bagi pembaca seperti saya, yang suka sesuatu yang simple buku ini memang memenuhi selera pembacaan saya.

Setelah kisah ini ditamatkan dengan kehadiran buku siri ke-empat: Breaking Dawn, satu yang digelar 'partial draft' oleh Meyer (Midnight Sun) telah didedahkan. Seperti juga gelarannya novel ini tidak diedit sepenuhnya, bahasanya kurang sedikit, tetapi tidak mendedahkan apa-apa kekurangan Meyer. Malah beliau sendiri mengakui bahawa hasil akhir novel ini tidak sebaik sebelumnya. Midnight Sun pula adalah olahan penceritaan dari perspektif Cullen. Partial draft ini pendek sahaja, lebih kurang 264 muka surat dan boleh didapati di laman web rasmi
Meyer.

Selasa, September 22, 2009

I Am Chasing Pavements

Aha...seronok membaca atau mendengar perihal rakan-rakan (se-coursemate) di UiTM dulu. Semuanya pun sudah jadi 'manusia', ada tanggungjawab sendiri dan kerjaya. Wah, memang seronok. Wish all the best.

Masa, memang kadang-kala terlalu pantas menyaingi kita. Dan selalu kita tertiarap tatkala mengejar masa. Ironiknya walaupun dikalahkan dengan teruk oleh masa, kita masih mahu bangun, berlari, bertekad dan berjuang. Setiap kali pejam dan celik mata ini, fikiran turut membawa kita ke satu detik yang lain, bila kita sedar, barulah kita terfikir bertapa kita telah ditinggalkan oleh masa. Cepatnya masa berlalu, dan pantasnya waktu berdetik.

Dulu, aku fikir jarak lima tahun itu akan menjadi terlalu lama (ye-lah macam lirik lagu 'penantian itu satu penyiksaan') tapi semuanya meleset sama-sekali. Lima tahun terlalu singkat, sedar-sedar umur sudahpun lebih dari suku abad. Dan kitapun makin matang (mungkin?), dan meningkat dewasa. Jauhnya perjalanan, luasnya pemandangan, seiring kematangan, bertambah pengalaman. Tapi siapa tahu, dari setiap jalan yang dilalui itu berapa banyak aral yang melintang, dan berapa kali ribut-petir menjadi peneman. Walaupun begitu, akhirnya (hari-ini) kita masih gagah meneruskan perjalanan dan perjuangan. Kuatnya semangat kita, walaupun dinafikan beratus-ratus kali. Kita senyum, menarik nafas dan meneruskan usaha mengejar impian lagi. Kerna aku pun begitu. Selagi terdaya.


...I Am Chasing Pavements...

Selasa, September 15, 2009

Bila 'mahmod' takde

Bosan. Semua orang nampaknya sedang bosan kat opis dek kerana menanti berakhirnya waktu berkerja hari Jumaat ni. Owh memang ada dua hari lagi baru hari Jumaat, tapi semua 'mahmod' dah hilang. Mintak maaf ye En. Mahmod yang ni bukan mengata awak. Fikiran dah sampai ke kampung halaman, sedang membakar biskut raya, lemang, ketupat segala. Owh....fantastiknya.

Dengar-dengar cerita perihal duit raya ni, semua dah sibuk nak pergi bank tukar duit kecil, sampul-sampul 'angpau' pun dah siap beli dan susun warna. RM1 sampul upin&ipin, RM5 sampul Avon, RM10 sampul Takaful dan RM50 sampul Maybank. Hoh...cukup quota. Penting separate dan sort sampul-sampul semua, nanti nak bagi RM1 terbagi pulak RM50. Payah tu. Ada yang merengek nangis sebab tak dapat RM50. Naya...

Isk, raya ni, tak beli apa pun. Memang malas nak beraya. Aku ingat pakai baju ofis je lah. Sebab orang mana tau itu baju pakai kerja. Unless kalau pegi open house kat rumah budak ofis. Yang tu, pakai jer jeans (walau macam tak sesuai jer raya rumah orang pakai jeans), tapi as far as I know; it casual & simple. Cuma nak recce shopping complex nak beli kasut je. Wedges. Cukup-lah untuk raya tahun ni.

'Selamat membeli-belah dan Selamat Hari Raya'

Khamis, September 10, 2009

Raya Aidilfitri

21 Ramadhan 1430H

Ada lapan hari lagi menjelang aidil fitri (Yah! Betul lapan hari lagi), semua orang nampaknya sedang sibuk mempersiap segala persiapan raya (apa aku tulis nie? Ah, biarkan je. Keep writing.), dan kuih-kuih raya yang ditempah pula sudah siap diagih-agih ke tangan si penempah dan bertukar-tangan-lah matawang Ringgit Malaysia itu kepada penerima tempahan.
(Waahhh....biskut tart gulung yang ku tempah itu seakan-akan memanggil nama-ku dan menggodai aku untuk menjamah. Sabar! Sabar! Puasa ni. Selepas waktu berbuka, akan aku makan kau. Kau tunggu sahaja-lah di situ.)

Dalam keboringan (namanya jugak boredblogger), sempat menyiapkan sebuah (eh, boleh guna ke?) ciptaan sempena hari raya. Nah ini dia....
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Chomel kan? (Macam orang yang mengeditnya!)

nota kaki: Che, jangan percaya apa yang anda dengar, kerana itu pengarutan semata-mata.

Ahad, September 06, 2009

Tak Tahu!

Hmmm...Hari (maksudnya: sekarang ni) aku tak tahu apa nak tulis kat blog ni. Em, mungkin tengahari baru ada ide. Otak masih beku mungkin.

Adeh!