Jumaat, Februari 26, 2010

Season Match: Aku tak Kira

Aku tak kira apa jadi, aku nak habiskan jugak game Season Match ni!
(Oh, aku lupa nak bagi salam "Selamat ke atas kamu")
~Assalamualaikum~
Game ni dah lama terperuk kat dalam xternal hard drive aku, adalah sekali dua aku cuba bermain. Since dia terkelompok dalam kroni 3-match game, keghairahan bermain tidak-lah sebegitu berombak-ombak. Tapi, kelmarin officemate aku telah mencabar (sebab bos Cuti) untuk menghabiskan game tersebut. Dan ironiknya sedang kami berkejar dan telah hampir sampai ke klimaks acara, kami berdua stuck dan menamatkan permainan pada level 4-15. Terbaru sekali aku telah mencuba untuk kali yang ke 21. Ohhh penat. Nampaknya hanya ada satu jalan penyelesaian paling logik dan mampu dilakukan iaitu bermula semula dari awal. Yah, aku akan bermula sekali lagi. Sebab...
"Aku tak kira apa jadi, aku nak habiskan jugak game Season Match ni. Lepas tu aku akan mula bermain game Season Match 2. Yeahoooo......Tak sabar nak main ni."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan