Khamis, Januari 28, 2010

Modenisasi Minda

Akhir-akhir ini, di sana-sini kelihatannya ramainya orang sedang melatah. Entah apa-lah sebabnya, aku pun tidak ada kepastian. Mungkin juga disebabkan harga gula naik, atau desas-desus harga minyak juga bakal meyusul tindakan kenaikan harga gula. (Kalau benar demikian...Tindakan itu boleh menghuru-harakan sebuah keluarga). Atau disebabkan masalah sosial-kah?

Mungkin benar gejala kurang etika masyarakat yang membuatkan ramai orang semakin runsing. Apa yang pasti...kekusutan 'mental' atau istilahnya 'kromosom tercalar' sedang membuak-buak dalam rongga kehidupan masyarakat. "Penyakit zaman moden!" Kata KP. Kalau difikir-fikirkan, betul jugak kata KP tu. Aku setuju!

Ada macam-macam penyakit zaman 'moden' semuanya (kalau tidak semua, sebahagian besarnya) tidak dapat diubati dengan apa jua teknologi perubatan terkini. Hairan?! Secanggih mana pun sains, tidak dapat meleraikan kekusutan yang ada.

Eh, tapi risau jugak kalau penyakit 'moden' ini, merebak-nular menerobosi segenap penjuru jajahan! Sel-sel yang rosak (membahagi dengan tidak terkawal) kalau tidak didiagnos awal akan menjadi barah yang akhirnya hanya akan diketahui bila tiba fasa kritikal (lewat) sahaja. Seolahnya hanya menunggu waktu menjemput. Sudah tiba masanya, kita pergi buat medical check-up. Periksa-lah apa-apa yang patut. Luangkan masa untuk memahami isi raga-rohani kita, harapnya nanti tidak terlewatkan.

PS: Peruntukan waktu untuk berfikir dengan hati dan jiwa, agar mendekat-lah rasa kepada yang Agung.

Khamis, Januari 21, 2010

ReadPrint.com: Peminat Karya Klasik (Sila jangan abaikan!)


Saya bukan seorang pendidik. Tapi saya percaya pendidikan adalah cara terbaik untuk menjadikan hidup setiap manusia bernilai.

Semasa surfing internet dengan tidak 'tentu-hala' saya telah menjumpai (atau sepatutnya terjumpa) dengan website readprint.com yang penuh dengan bahan bacaan ilmiah. Bagi peminat buku genre klasik (seperti saya) menjumpai satu laman yang mempunyai koleksi lebih 8,000 buah karya dari penulis yang berjumlah hampir 3,500 orang memang 'menerujakan'. Paling best ialah semua buku yang terdapat di laman web (sesawang?) ini adalah PERCUMA. Dengan beberapa klik sahaja kamu boleh membaca secara online. Tidak perlu mendaftar, segalanya adalah gratis. Bahan bacaan di kategorikan kepada enam (6) jenis iaitu: 1) Esei; 2) Fiksyen; 3) Bukan Fiksyen; 4) Drama ; 5) Puisi and 6) Cerpen. Hampir kesemua karya klasik dihimpun di sini. Karya seperti Jane Eyre (Charlotte Bronte), A Tales of Two Cities (Charles Dickens), The Confessions of J.J. Rousseau (Jean Jacques Rousseau), Little Journeys (Elbert Hubbard) sudah tentu menjadi buruan saya. Yang saya tahu sesetengah? (sangat banyak) karya bakal menjadi kegemaran saya. Selain karya, biografi (ringkas) dan juga kata-kata hikmah (qoutes) penulis ada dipaparkan sekali.

Upps,...Menariknya, laman ini juga menawarkan kupon untuk kegunaan para pembaca yang berminat membuat pembelian produk tertentu (dari kosmetik, baju, buku, kasut, makanan dan dsb) melalui internet. Jika kamu melayari page 'coupons', kamu boleh melihat sendiri bertapa banyak store yang turut serta dalam ReadPrint.com ini. (Nak bagitahu kat sini, listnya tersangat panjang-lah pulak!).

Bagi kamu yang berminat mengikuti perkembangan terbaharu, ReadPrint juga boleh diakses melalui FaceBook dan Twitter.

PS: ~Education is a better safeguard of liberty than a standing army.~ (Edward Everett)

PSS: ~
The reason most people never reach their goals is that they don't define them, or ever seriously consider them as believable or achievable. Winners can tell you where they are going, what they plan to do along the way, and who will be sharing the adventure with them.~ (Denis Watley)

Rabu, Januari 20, 2010

Makhluk Bijak Bijak

"Bagi kebanyakan orang, memahami apa yang diajarkan adalah sesuatu yang mudah. Lebih mudah dari memahami keperluan dan kehendak diri sendiri. Dalam banyak hal berkaitan dengan diri sendiri, kita selalu terkeliru, tertipu."

Rupanya kita adalah makhluk bijak, bijak (Homo sapiens sapiens aka Modern Man/ Wise Man) yang kurang bijak menilai. Jadi, dimanakah terletaknya 'bijak' itu sebenarnya? Benarkah kita bijak?

Manusia ialah haiwan sosial (seperti yang dikatakan oleh Sdra. Zahiril Adzim dalam blog beliau) yang sentiasa berevolusi mengikut keperluan dan kehendak. Dulu kita cukup makan dengan sepinggan nasi putih dan kicap masin, hari ini kita cukup makan dengan sepinggan hidangan nilai hebat McValue, dan siapa tahu esok apa lagi yang bakal mencukupkan kehendak kita. Tengok tu, betulkan kita ini haiwan sosial yang berevolusi dan ((ego)). Sebab itu kita menamakan diri kita dua kali bijak dari makhluk 'Homo' sebelumnya!

Manusia sebenarnya banyak belajar dari persekitarannya, dari apa yang mereka lihat, dengar, sentuh, rasa dan sebut. Atau dari salah satunya. Dari zaman sebelumnya tiba abad ini lagi, manusia telah belajar membuat, mendirikan, mencipta hinggakan menerbangkan sesuatu melalui persekitaran. Nampak gayanya manusia memang makhluk bijak bijak. Dan tidak dinafikan juga manusia adalah makhluk yang mempunyai rasa hasad, bongkak, tamak, rakus, marah, malas dan mengikut nafsu. Benarkah kita adalah makhluk bijak bijak, apabila kita baca sejarah, kita tonton sejarah, kita mendengar sejarah (pendek kata belajar dari sejarah) tapi masih juga melakukan kesalahan yang sama?

PS: Kita belajar tapi tidak faham.

PSS: Kita faham tapi tidak pernah sedar. Kita sedar, tapi kita adalah makhluk bijak bijak (yang ego!).

On Education

"My dear children, I rejoice to see you before me today, happy youth of a sunny and fortunate land. Bear in mind that the wonderful things that you learn in your schools are the work of many generations, produced by enthusiastic effort and infinite labour in every country of the world. All this is put into your hands as your inheritance in order that you may receive it, honour it, and add to it, and one day faithfully hand it on to your children. Thus do we mortals achieve immortality in the permanent things which we create in common. If you always keep that in mind you will find meaning in life and work and acquire the right attitude towards other nations and ages."
~Albert Einstein talking to a group of school children. 1934~

Selasa, Januari 19, 2010

PoP Quizzes?

About Life...



PS: Is it true?

PSS: Maybe Yes. Maybe Not. Or you can Guess (sometimes).

Sabtu, Januari 16, 2010

What's?

Hari ini baru sahaja berbelanja melebih RM 1k. Banyaknya...(bagi aku lah). Nampaknya usaha half month, telah dibayar dengan sekali pembelian. Hmm...berbaloi? Sangat berbaloi-baloi.

Hari ini dan hari-hari seterusnya adalah 'usaha' ke arah 'shred' diri sendiri. Hari ke-tiga yang penat dan berat. Ada 27 hari lagi usaha. Buku 'Sophie's world' perlu diulang baca, sesetengah isu falsafahnya sangat berat, dan mengelirukan. Harus ulang-baca.

Usaha menabung, hmm...nampaknya ada sedikit peningkatan. Bila-lah nak cukup? Bulan Mac, ahaha...insurans & cukai jalan menanti untuk diperbaharui. Habis bonus aku tang situ.

Takpe, usaha lagi. Cadang nak duduk periksa TEOFL, tapi entah bila? Itu pun satu hal jugak. Tak prepare apa pun lagi.

PS: Sesetengah perkara sia-sia dirancang. Kerana ia bukan rancangan sebenarnya. Hanya kebetulan.

PSS: Perancangan yang baik akan berakhir bila takdir masuk campur? Hmm...entahlah.

Isnin, Januari 11, 2010

Cerita dari Hati

'The long December rain is falling now, running down on streets to nowhere, music is my life you're my sweetest nightingale, but I can't hear it here no more' (I Go -Pete Teo)

~Aku tahun hari ini bukan bulan Disember. Tapi petang ini, hujan lagi. Hujan sedikit lebat tetapi sudah merenyai sebentar tadi. Sekitaran menjadi dingin, basah di sana - sini. Bukan main ramai lagi manusia berkejar-lintang-pukang berteduh di sisi bangunan, berkumpul di hentian bas. Yang sediakan payung terus meredah suasana. Tempias berhamburan menjejak setiap pelusuk bumi. Mulanya semua basah, lantas semuanya kuyup, kemudian me-lembap, akhirnya menjadi hapak. Itulah manusia.~

* * *

Sudah lebih seminggu blog tidak ditulis catatan baru. Mungkin keghairahan menyiapkan laporan puncanya (Eceh! Tipu je). Bukan, sebenarnya kesuntukan masa (deadline) yang mengejar dan menjolok masa seharian. Begitulah kalau sudah masuk musim bekerja. Nanti kalau sudah meniti zaman bekerja, kamu akan tahu juga. Kerja, yang seronok cuma bila sampai hujung bulan itupun bila gaji dikreditkan ke akaun masing-masing. Waktu lain, kita akan menelusuri sepanjang hari (yang dirasakan panjang) dan berharap agar dengan cepatnya tarikh sudah mencecah 26 haribulan. Apa aku merepek pasal kerja ni!

Serius! Tiada apa yang sedang bermain dalam mindaku saat ini. Tiada isu mahupun bahan ilmiah yang boleh dikongsikan bersama. Kalau adapun idea masih terbeku dalam otak. Mungkin lain waktu.

PS: "The cure of boredom is curiosity. There is no cure for curiosity." (Ellen Parr)

PSS: "The person who reads too much and uses his brain too little will fall into lazy habits of thinking." (Albert Einstein)

Sabtu, Januari 02, 2010

Kenapa?

(Soalan-soalan berbangkit)

Kenapa hati rasa sakit?
Kenapa airmata mengalir?
Kenapa perasaan jadi sebak?
Kenapa bibir mencebik?

Kenapa jiwa celaru?
Kenapa minda risau?
Kenapa jasad kacau?
Kenapa fizikal haru?

PS: Pernah tak walau sekali kita terfikir persoalan ini? Kalau dapat aku jawab persoalan ini, aku tentunya seorang ahli falsafah yang bagus. Jika tidak aku akan kekal sebagai pencari jawapan.

PPS: Maaf, terbawa-bawa oleh buku 'Sophie's World' tulisan Jostein Gaarder. Buku mengenai falsafah yang padat.

Jumaat, Januari 01, 2010

HappY NEW Year! 2010

Happy New Year 2010!

May this upcoming years and years giving you faith to fight for the truth in you! Syukur Allhamdulilah for the wonderful years (past, present and future). May Allah bless all of us. Insyallah.