Sabtu, Februari 06, 2010

Desain: Adobe Illustrator

Sejarah:
Adobe Illustrator pada mulanya dibangunkan untuk syarikat perkomputeran terkenal iaitu Apple Macintosh pada akhir tahun 1980-an dulu. Ianya merupakan produk 'peneman' pada Adobe Photoshop yang menjadi kegilaan waktu itu. Jika Photoshop memfokuskan manipulasi dan suntingan gambar, Illustrator pula khusus untuk 'typesetting' dan desain grafik logo. Illustrator mempunyai lebih banyak features berbanding Photoshop disebabkan ianya mengkhusus kepada rekaan grafik, termasuk 3D. Setakat ini, Illustrator telah dikeluarkan dalam 14 versi. Terbaharu Adobe Illustrator CS4.

**Adobe Illustrator CS3 merupakan medium yang saya guna untuk 'test power' kali ini. First time guna AI untuk buat desain. Walaupun agak huduh** ;-() sedikit, tetapi saya cukup bangga dengan pencapaian saya ini.

Hasilnya (pertama kali-nya!)

Tahukah kamu?
Ladybirds, Ladybugs atau Lady Beetles merupakan serangga yang sama? Tapi para saintis prefer gelar Lady Beetles (oleh itu kita refer sahaja Lady Beetles). Tergolong dalam famili Coccinellidae (kumpulan serangga: Ciri utama serangga ialah 1) mempunyai 3 pasang kaki; 2) Badan mempunyai 3 segment: Kepala, Toraks & Badan; 3) Compound Eyes (sekumpulan mata kecil yang bergabung untuk menghasilkan sebiji mata), bayangkan mata lalat? dan 4) sepasang sesungut. Sebahagian besar Lady Beetles merupakan 'serangga biologi' yang berguna dalam bidang pertanian. Makanan (or should we say 'Biscuits'?) kegemaran ialah apid dan mealybug (dari kumpulan famili Hemiptera) yang merupakan serangga perosak tanaman terutamanya sayuran.

PS: Lady Beetles hanya terdapat dalam tiga warna sahaja, Merah, Kuning dan Jingga dan mesti disertai dengan tompok-tompok hitam. Jangan keliru dengan Tortoise Beetles pulak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan