Khamis, September 24, 2009

Twilight Saga

Kelakar. Mungkin itu ayat yang paling awal kita fikirkan kalau kita terbaca/dengar mengenai seorang yang berumur 45 - 50 tahun menjadi begitu addicted pada novel-romantik-pontianak/warewolf 'Twilight saga' (Twlight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn). So, apa yang dijanjikan dalam siri novel ini, sampaikan begitu sekali orang meminatinya. "Eh, Jangan menghakimi, kalau anda bukan hakim. Eceh!...Pandainya aku buat kesimpulan. Kalau sudah minat, apa nak dikata."

Begitupun, kalau diamati kisah pontianak memang menjadi satu tema yang mengikut aliran (in-line) semenjak dulu lagi baik dimedia seperti buku ataupun filem (dan iklan komersial). Dracula, Vampire, Blade, Interview with the Vampire, Van Helsing, The Anita Blake, (nak listkan terlalu banyak pula. Kat yahoo answer ada
jawapannya) semuanya berkisar mengenai pontianak atau serigala jadian. Tapi dalam arena penulisan buku genre ini, Twilight saga (karangan Stephanie Meyer) telah mendahului yang lain seterusnya menjadi kegilaan dunia. 70 juta cetakan, ditransilasi ke 37 bahasa, setakat ini 3 buah filem adaptasi novel (1 telah ditayangkan, 1 sedang menunggu untuk ditayangkan dan 1 masih dalam proses pembikinan). Sah! Meyer kini bergelar jutawan dengan pendapatan melebihi US$ 50 juta.

Twilight saga, membawa anda untuk mengenali Bella Swan (watak utama) dan Edward Cullen (watak utama juga), dari perspektif Swan sendiri dan perjalanan hidup beliau setelah mengenali/bercinta dengan Cullen. Apa yang difikirkannya, mengapa dia tertarik dengan Cullen. Rasa ingin tahu Swan menyebabkan dia terjebak dengan Cullen. Dan kenapa Cullen begitu tertarik dengan Swan. Ceritanya sedang elok dan mudah untuk diikuti. Bagi pembaca seperti saya, yang suka sesuatu yang simple buku ini memang memenuhi selera pembacaan saya.

Setelah kisah ini ditamatkan dengan kehadiran buku siri ke-empat: Breaking Dawn, satu yang digelar 'partial draft' oleh Meyer (Midnight Sun) telah didedahkan. Seperti juga gelarannya novel ini tidak diedit sepenuhnya, bahasanya kurang sedikit, tetapi tidak mendedahkan apa-apa kekurangan Meyer. Malah beliau sendiri mengakui bahawa hasil akhir novel ini tidak sebaik sebelumnya. Midnight Sun pula adalah olahan penceritaan dari perspektif Cullen. Partial draft ini pendek sahaja, lebih kurang 264 muka surat dan boleh didapati di laman web rasmi
Meyer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan