Bosan. Semua orang nampaknya sedang bosan kat opis dek kerana menanti berakhirnya waktu berkerja hari Jumaat ni. Owh memang ada dua hari lagi baru hari Jumaat, tapi semua 'mahmod' dah hilang. Mintak maaf ye En. Mahmod yang ni bukan mengata awak. Fikiran dah sampai ke kampung halaman, sedang membakar biskut raya, lemang, ketupat segala. Owh....fantastiknya.
Dengar-dengar cerita perihal duit raya ni, semua dah sibuk nak pergi bank tukar duit kecil, sampul-sampul 'angpau' pun dah siap beli dan susun warna. RM1 sampul upin&ipin, RM5 sampul Avon, RM10 sampul Takaful dan RM50 sampul Maybank. Hoh...cukup quota. Penting separate dan sort sampul-sampul semua, nanti nak bagi RM1 terbagi pulak RM50. Payah tu. Ada yang merengek nangis sebab tak dapat RM50. Naya...
Isk, raya ni, tak beli apa pun. Memang malas nak beraya. Aku ingat pakai baju ofis je lah. Sebab orang mana tau itu baju pakai kerja. Unless kalau pegi open house kat rumah budak ofis. Yang tu, pakai jer jeans (walau macam tak sesuai jer raya rumah orang pakai jeans), tapi as far as I know; it casual & simple. Cuma nak recce shopping complex nak beli kasut je. Wedges. Cukup-lah untuk raya tahun ni.
'Selamat membeli-belah dan Selamat Hari Raya'
tak faham
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan