Khamis, September 10, 2009

Raya Aidilfitri

21 Ramadhan 1430H

Ada lapan hari lagi menjelang aidil fitri (Yah! Betul lapan hari lagi), semua orang nampaknya sedang sibuk mempersiap segala persiapan raya (apa aku tulis nie? Ah, biarkan je. Keep writing.), dan kuih-kuih raya yang ditempah pula sudah siap diagih-agih ke tangan si penempah dan bertukar-tangan-lah matawang Ringgit Malaysia itu kepada penerima tempahan.
(Waahhh....biskut tart gulung yang ku tempah itu seakan-akan memanggil nama-ku dan menggodai aku untuk menjamah. Sabar! Sabar! Puasa ni. Selepas waktu berbuka, akan aku makan kau. Kau tunggu sahaja-lah di situ.)

Dalam keboringan (namanya jugak boredblogger), sempat menyiapkan sebuah (eh, boleh guna ke?) ciptaan sempena hari raya. Nah ini dia....
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Chomel kan? (Macam orang yang mengeditnya!)

nota kaki: Che, jangan percaya apa yang anda dengar, kerana itu pengarutan semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan