Selasa, September 22, 2009

I Am Chasing Pavements

Aha...seronok membaca atau mendengar perihal rakan-rakan (se-coursemate) di UiTM dulu. Semuanya pun sudah jadi 'manusia', ada tanggungjawab sendiri dan kerjaya. Wah, memang seronok. Wish all the best.

Masa, memang kadang-kala terlalu pantas menyaingi kita. Dan selalu kita tertiarap tatkala mengejar masa. Ironiknya walaupun dikalahkan dengan teruk oleh masa, kita masih mahu bangun, berlari, bertekad dan berjuang. Setiap kali pejam dan celik mata ini, fikiran turut membawa kita ke satu detik yang lain, bila kita sedar, barulah kita terfikir bertapa kita telah ditinggalkan oleh masa. Cepatnya masa berlalu, dan pantasnya waktu berdetik.

Dulu, aku fikir jarak lima tahun itu akan menjadi terlalu lama (ye-lah macam lirik lagu 'penantian itu satu penyiksaan') tapi semuanya meleset sama-sekali. Lima tahun terlalu singkat, sedar-sedar umur sudahpun lebih dari suku abad. Dan kitapun makin matang (mungkin?), dan meningkat dewasa. Jauhnya perjalanan, luasnya pemandangan, seiring kematangan, bertambah pengalaman. Tapi siapa tahu, dari setiap jalan yang dilalui itu berapa banyak aral yang melintang, dan berapa kali ribut-petir menjadi peneman. Walaupun begitu, akhirnya (hari-ini) kita masih gagah meneruskan perjalanan dan perjuangan. Kuatnya semangat kita, walaupun dinafikan beratus-ratus kali. Kita senyum, menarik nafas dan meneruskan usaha mengejar impian lagi. Kerna aku pun begitu. Selagi terdaya.


...I Am Chasing Pavements...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan