Selasa, November 24, 2009

ICT awareness

Serius! Aku cukup muak dengan email yang penuh dengan spam! Aku benci dengan spam emel yang menghantui dan memenuhi segenap ruangan dalam emel aku! Dan benci dengan virus yang merebak dan membawa wabak sepertinya tidak mahu memberikan belas ihsan terhadap komputer aku.

Eh, baru-baru ni aku ada pergi kursus 'ICT awareness' time nama aku naik kursus ni cam.... (dalam hati cakap) 'Hisk, hello? Tak payah nak awareness segala, aku dah tahu dah. Bagi orang lain pegi boleh?!' Berlagak seh. Tapi bila aku masuk kursus kesedaran tu, rupanya ianya bukan sekadar 'kesedaran' sahaja, sesetengahnya benda yang aku tak tahu pun. 'Isk...kalau lah aku suarakan rasa hati hari tu, mesti malu punya. Sebab kursus tu aku rasa banyak memberi pengetahuan kat aku.

Contohnya:
kita selalu nampak kat dalam blog alamat email macam nie kan? akubukanaristokrat at bolehbelah dot com -kan? Dan kita rasa macam bodoh jer kan buat cam tu. Tulis elok-elok boleh tak. Kan senang kalau tulis akubukanaristokrat@bolehbelah.com jer. Sedap jugak mata memandang. Rupanya ini dilakukan untuk mengelakan lambakan emel spam yang entah dari mana asal usulnya.

VIRUS?
V=Vital
I=Information
R=Resources
U=Under
S=Siege

Dalam kata ringkasnya...kebanyakan yang ada exension file seperti disenarai menyebarkan virus.
.sys
.exe
.dll
.bat
.com

TBB>> Okay! Cukup untuk segment ICT minggu ni. Lain kali citer lagi. Chow!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan