Isnin, Oktober 26, 2009

Dengar dan Mendengar*

Ya, aku dengar melalui telinga dan mendengar menerusi hati.

Mahu menghulurkan bicara simpati atau tidak bila perkhabaran itu menerjah cuping telinga? Aku masih berkira-kira. Antara tanggungjawab dan tanggungjawab, yang mana harus kau pilih. Tanggungjawab mana yang sanggup kau lepaskan? Ini teori 'oportunity cost' harus ada salah satu yang kau gugurkan. Kau diberi kata dua- tidak boleh memilih keduanya. Tidak boleh jadi sederhana. Tidak ada kata seimbang, malah kau tidak mungkin boleh berlaku adil. Mustahil! Antara Dacing atau Bulan? Tiada yang ketiga. Tiada payung, tiada kunci.

Satu - yang kau suka, selesa, sinonim, kegembiraanmu.
Dua - yang harus kau patuhi, teladani, bahagiakanmu.

Kalaulah penilaian dibuat berdasarkan akal yang logik dan atas faktor kepercayaan kau sesungguhnya harus memilih yang ke-dua. Kau patut meninggalkan dan mengikis setiap tompokan kenangan terhadap yang pertama. Wajib kau berbuat demikian. [Tapi apakah akhirnya nanti kau tidak akan mempersoalkan pilihan mu itu? Apakah kau tidak menyesali kata yang kau noktahkan itu?] Ah, itu soal terkemudian, biar ia menjadi perkara yang akan datang. Masa hadapan walaupun ditentukan atas hal yang terpilih hari ini, tapi bukan semestinya ada satu jaminan pun. Bohong-lah kalau ada!

Pilih-lah, yang akan menjadikan mu terpelihara dari dosa, dan jangan pernah kau hirau setiap kata yang mengelirukan itu. Kalaupun itu yang terluah dari bicara aku.

[aku dengar melalui telinga, mendengar menerusi hati]
*tajuk terilham dari blog ZA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan