Selasa, Disember 08, 2009

Tentang hidup and evolusi

Ya, kau akur kepada kehendak perubahan. Kerna kau tahu berubah itu pasti. Sama ada kau bertungkus-lumus dan berhempas-pulas mengekalkan apa yang kau ada hari ini, masa terus-menerus akan berlalu. Membawa bersama angin dan cuaca. Dan memaksa dari sekecil-kecil kuman dan sebesar-besar gunung untuk berevolusi.

Benar, evolusi itu bagus dalam banyak hal. Tidak dinafikan. Cumanya bila evolusi itu sendiri mengancam ketenangan hidup apa kau rasa? Suka? Sedih? Teruja? Atau rasa bersalah?Dan rasa bersalah kau itu membuatkan kau hampir pasti migrain dan separuh gila.

Kadang kau fikir adalah lebih baik menjadi seorang yang anti-sosial, sekurang-kurangnya kau kurang dikenali dan setiap gerakan kau bukanlah topik perbualan. Maaf ye...Sis, sudah terlewat. Sesetengah perkara tidak dapat diformat terus dari memori otak dan bukan semua dongengan bisa dilupakan, walaupun jalan ceritanya tidak logik di akal.

Nah! Sekarang cuma ada tiga option....Sama ada kau berubah, berevolusi atau melenyap. Fikir dan buat keputusan. Hanya kau yang boleh menentukan arah hidup kau sendiri.

"Hari ini kita sudah insaf. Hari ini kita sudah menjadi manusia baik. Hari ini kita sudah membuat kebaikan. Tapi, patutkah kita melupakan hari semalam? Hari semalam dimana kita bermegah-megah dengan keburukan kita?"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan