Ada banyak benda dalam dunia ini yang aku mahu ubah kalau aku punya kesempatan. Ada banyak perkara yang akan aku lakukan kalau aku mampu.
Serius!
Dalam angan, aku ingin menjadi seorang yang pentingkan diri, aku mahu menjadi manusia yang sempurna. Angan-angan je-lah. Tapi aku masih lagi manusia yang punya hati dan perasaan. Faith, itu yang menghalang aku dari menjadi tamak.
Kerana disebabkan ketamakan itu lah aku menjadi saksi pada kehancuran sebuah tanah air, pada kehilangan nyawa dan pada kesengsaraan kesan peninggalan. Bertapa singkatnya pemikiran manusia, yang tidak pernah belajar dari sejarah, yang tidak pernah melihat sejarah sebagai pengajaran yang paling berguna. Mereka (manusia-manusia itu) seringkali dimomokan tentang keperitan hasil peperangan, tapi lupa bila kuasa, harta dan nafsu mencelah. Sayang sekali, mereka sudah terlupa.
Yang bangkit dan bermati-matian berjuang pula bukan datang dengan 'isi kosong', mereka punya sebab, mereka punya matlamat. Siapa berkuasa, dia menguasai. Siapa raja, dia-lah yang mutlak. Hari ini, dimana pembohongan adalah kebenaran dan kejujuran adalah kebinasaan, perangai manusia makin menjadi-jadi. Lebih binatang dari manusia! Ces, celaka sungguh!
Aku dalam erti kata lain mahu sahaja menghumban dan menginjak-injak semua pemunya jasad berhati binatang berkepala manusia yang sanggup menjadikan anak-anak sebagai perisai pertahanan mereka. Atau melumatkan sahaja mereka ke dalam perut bumi, di mana mereka tidak layak untuk diterima.
Celaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan