Rabu, Julai 29, 2009

Aktiviti Time Bosan


Apa akan jadi bila aku busan di opis? (yang sah2-lah bukan dimiliki oleh my father)

Mula-mula aku akan bercakap tanpa henti seperti mesin industri membuat makanan segera. Lepas tu kalau kira-kira bosan tu tak hilang jugak aku akan melakukan aktiviti merenung skrin komputer sampai mata naik lemau. Kalau tak kurang jugak, telan liur sambil pandang kiri kanan, depan belakang, atas bawah. Boleh jugak kutuk kawan sebelah meja sambil mengarut pasal 'benda' mengarut. Ajak ofis-mate mengarut sama. Menghasut orang lain untuk menghentikan perbuatan 'berkerja'. Melancong ke toilet, berjalan-jalan ke taman rumpai kat tepi bangunan opis. Bergolek kat sofa simpanan untuk 'tetamu' sambil mengangakan mulut...Tapi paling best kalau dapat tido kat bawah meja. Gila best.

Fuhh...mesti berkat betul kerja aku hari tu. Hahahahahaa.....
(kerja mesti mau ikhlas dan berdisiplin. jangan jadi macam aku. kerja jangan asyik datang dan balik sharp on-da-dot. jangan jadi macam 'kakitangan' kat opis aku) Aiihhh...macam terasa jer tu?!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan